Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru berkongsi pandangan daripada Kitab Amitabha: bahawa Alam Amitabha wujud dan bahagian khazanah agama Buddha yang kaya itu datang daripada rekod pengalaman anak murid-Nya di alam-alam yang berlainan. Jadi kita kembali kepada Kitab Amitabha. ‘Amitabha’ bermaksud ‘Cahaya tak terhingga’. Jadi Buddha ini ada Cahaya (Syurga dalaman) tak terhingga, Cahaya (Syurga dalaman) tak terbatas. Jadi apabila permaisuri India ini begitu ingin sekali berjumpa dengan Buddha, Baginda muncul kepadanya di penjara. Sekarang, Baginda muncul bersama salah seorang anak murid-Nya, memegang tangan permaisuri itu dan bawanya ke alam hidup yang lain. Sekarang saintis telah buktikan kpd kita bahawa ada banyak alam, banyak alam hidup di Alam Semesta. Sesetengahnya ada orang. Sesetengahnya mereka belum mendapat tahu sama ada terdapat orang atau tidak. Sekarang Buddha kita – Buddha Shakyamuni – telah mendapat tahu sangat lama dahulu bahawa terdapat alam hidup yang terdapat orang seperti dunia kita atau sesetengahnya berbeza dengan dunia kita. Sesetengahnya lebih maju dalam teknologi. Sesetengahnya kurang maju dalam teknologi. Sesetengahnya lebih bertamadun daripada dunia kita. Sesetengahnya kurang bertamadun drpd dunia kita. Apabila permaisuri itu pergi ke sana, Alam itu, baginda lihat bumi Alam itu dilitupi emas, kristal. Semua rumah, bangunan dibina di udara, bukan di bumi, dan dibina dengan segala jenis batu permata seperti lapis lazuli, kristal, mutiara, berlian, delima, zamrud dan sebagainya. Baginda berfikir, “Ini Alam yang begitu indah.” Orang yang tinggal di sana kelihatan serupa dengan kita tetapi lebih cantik dalam rupa. Mereka tidak berjalan juga. Mereka tidak perlukan pengangkutan seperti kita. Mereka terbang. Pada bila-bila mereka nak pergi ke sesuatu tempat, mereka terbang saja. Pada bila-bila nak balik, mereka terbang balik. Setiap jenis pakaian atau keperluan akan muncul kpd mereka pada bila-bila saja diperlukan Tidak perlu pergi membeli-belah, menunggu untuk letak kereta dan segala kesusahan ini, tidak berikan duit baki dan segala jenis perkara ini. Di Alami itu juga terdapat sejenis nektar, kolam nektar di mana jika seseorang mandi di dalamnya atau minum sedikit daripadanya, maka dia akan berasa berbeza: rasa bermakrifat, segar dan penuh dengan pengertian spiritual. Di Alam itu, orang-burung dan pokok pun akan menyampaikan Dharma. ‘Dharma’ ialah istilah Sanskrit bagi Ajaran – Ajaran dalam bahasa lisan. Kadangkala ia juga bermaksud makhluk hidup. Segala jenis fenomena di Alam Semesta juga bermaksud Dharma. Dharma dalam erti kata yang halus juga bermaksud Ajaran halus, Ajaran tak nampak, Kebenaran. Jadi ia boleh dijelaskan dengan banyak cara. Sekarang, di Alam Buddha Amitabha itu, semua orang-burung dan pokok, angin menyampaikan Dharma. Apabila orang dengar kononnya Dharma ini, mereka akan ada lebih banyak kepercayaan kepada Yang Maha Tinggi, kepada Buddha-buddha, kepada pengamal, kumpulan Santo dan ajaran Santo. Sekarang apabila kita memikirkan Alam Amitabha, itu memang seperti cerita pari-pari. Mana boleh bumi dilitupi emas? Mana boleh rumah dibina di udara dan tidak jatuh? Mana boleh semua dinding dan bumbung dibuat dengan kristal, berlian, delima, segala jenis batu permata dan sebagainya? Di sini kita berlawan untuk sebutir berlian jika ia cukup besar. Kita perlu bekerja keras sekali selama banyak minggu untuk beli setitis kecil berlian. Saya akan kata setitis. Ia kelihatan macam setitis air, cuma lebih keras sikit. Jadi hanya untuk beli setitis berlian, kita perlu habiskan banyak wang. Sekarang, di Alam itu, mereka gunakan berlian, kristal, delima dan lain-lain untuk membina rumah. Boleh kalian bayangkan? Jadi itu salah satu perkara mengapa orang Kristian atau agama lain tak dapat percayai agama Buddha. Ini kerana Buddha berkata terlalu banyak. Ini kerana anak murid-Nya berkata terlalu banyak. Apa yang kita panggil ‘banyak bercakap’ dalam bahasa Cina. Becok. Sebenarnya Buddha tidak berkata. Baginda tidak beritahu kita semua ini. Anak murid Buddha yang terdengar segala pengalaman, kisah hebat inilah yang menulisnya untuk dinikmati oleh orang lain. Contohnya, kadangkala kononnya anak murid saya… Benarkanlah saya memanggil mereka macam itu. Saya rasa malu-malu tetapi tiada nama lain supaya kalian akan memahami hubungan mereka dengan saya, atau kalian boleh panggil mereka sebagai pelajar saya. ‘Pelajar’? Maka mereka akan ingat saya mengajar di universiti. Ya, ya. Ini sejenis universiti juga, universiti Firdausi di mana saya mengajar. Sekarang, anak murid saya kadangkala juga menulis kisah mereka tentang Guru membawa mereka ke Alam mana atau negeri mana di Alam Semesta untuk melawat. Mereka menulisnya sebagai pengalaman dalaman sendiri untuk mereka meninjau kemajuan mereka. Itu mesti kita buat. Jadi jika dia meninggal, selepas kononnya anak murid saya meninggal, apa yang berlaku? Mungkin anak saudara, cucu lelaki, cucu perempuannya secara kebetulan akan mewarisi jenis kononnya diari spiritual ini. Di dalamnya akan penuh dengan pengalaman dalaman, seperti hari ini dia dengar Buddha mengatakan apa kepadanya. Hari ini Mahaguru Ching Hai bawa dia ke Alam Buddha yang mana dan memperkenalkan dia kepada mana-mana saja Guru di sana, kepada Buddha yang mana atau mungkin bawa dia berjumpa dengan Nabi Isa, mungkin bawa dia berjumpa dgn Maria atau Santa Clara, sesiapa saja. Kemudian dia menulis semuanya. Kemudian buku ini, jika cukup menarik, anak saudara, cucu lelaki, cucu perempuannya mungkin akan menerbitkannya, kemudian mungkin ia menjadi salah satu kitab Buddha. Itu apa yang berlaku dengan semua kitab dalam agama Buddha. Sutra, atau kononnya kitab, tidak dikumpulkan atau ditulis sehingga selepas seratus tahun. Sebelum itu ia hanya dikatakan dari mulut ke mulut dan anak murid-Nya tidak menulisnya juga. Mereka hanya dengarnya melalui… Apa itu ‘tukang cerita’? (Tukang cerita.) Tukang cerita? (Ya.) Ini tidak elok. Penglipur lara berbakat lebih elok. Jadi itu sebabnya kitab Buddha begitu luas dan begitu besar bilangannya, kerana semua kisah anak murid adalah sangat banyak. Oleh sebab Buddha hidup hingga usia tua sangat, 80 tahun, jadi anak murid-Nya adalah banyak, dan kisah-kisah, tidak diragui, banyak. Di India pada masa itu, keadaan sangat aman damai juga dan tiada sesiapa yang menindas Buddha atau pengikut-Nya, jadi mereka nikmati waktu makmur dan ada masa untuk menulis dan memelihara kenangan berharga anak-anak murid itu, manakala Nabi Isa perlu bekerja dalam kegelapan, dalam penyembunyian. Jika kalian ada baca kisahnya, kalian akan tahu. Baginda hanya terkenal sikit saja – selepas tiga tahun setengah, mereka telah bunuh-Nya. Jadi selepas itu, semua anak murid terpaksa berpisah ke arah-arah yang berlainan dan juga bekerja secara rahsia, tak begitu terbuka. Oleh itu, walaupun mereka ada pengalaman dalaman, mereka tak dapat menulisnya atau ia tak dapat dipelihara dengan baik kerana orang, kerajaan pada masa itu mencari dan memusnahkan semuanya. Jadi kita dapati bahawa Alam Amitabha kelihatan macam cerita pari-pari. Begitu banyak orang akan berfikir, “Itu sesuatu imaginasi, halusinasi atau mungkin ilusi.” Jadi menurut sesetengah penganut Kristian, agama Buddha ialah sejenis imaginasi, halusinasi atau sesuatu. Tidak, tidak. Saya beritahu kalian hal sebenar: Alam Amitabha wujud. Sesetengah anak murid saya telah melawatnya selepas inisiasi, atau sesetengah daripada mereka melawatnya pada waktu inisiasi juga kerana kita tidak perlukan masa yg lama untuk melawat ‘negeri-negeri’ ini. Hanya dlm sesaat saja, kalian boleh pergi, dan dalam sesaat, kalian balik, sekelip mata saja. Semuanya bergantung kpd keterbukaan minda kita atau saluran dalaman. Segala-galanya ada di dalam. Tiada apa-apa yang dapat kita cari di luar. Photo Caption: “Sayur Liar”











