Cari
Bahasa Melayu
 

Kata-kata yang Didedikasikan kepada Umat Kristian, Bahagian 7 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini pun, ada begitu banyak maklumat tentang agama-agama yang berlainan tetapi orang masih membuat sempadan antara agama-agama besar dan masih menindas penganutnya di negara-negara yang berlainan dengan cara-cara yang berlainan! Oh, betapa menyedihkan! Jika anda orang Kristian, oh, mungkin anda alami kesusahan besar atau bahaya yang bawa maut. Jika anda menganuti agama Buddha, mungkin anda alami masalah yang sama. Jika anda Muslim, mungkin anda alami masalah yang sama dll. […]

Hari ini, kita ada begitu banyak maklumat. Orang masih tidak memahami inti pati semua agama, apa matlamatnya, apa yang ditunjukkan oleh semua agama. Ini sangat menyedihkan bagi saya kadangkala, mengecewakan. Sebab itulah saya sering perlu bersembunyi, seperti sekarang, bercakap di dalam khemah gelap dan bukan berkhutbah di khalayak ramai secara terbuka seperti yang dulu saya lakukan pada waktu aman damai,

sebelum saya mulakan Supreme Master Television kali kedua beberapa tahun yang lalu. Saya rasa itu… Oh, masa berlalu dengan cepat! Saya hanya tahu bagaimana bekerja. Saya tak berapa ingat. Saya tak dapat ingat pun bila kami mulakan semula buat kali kedua. Kami mulakan semula di Taiwan (Formosa), saya rasa mungkin enam, tujuh tahun yang lalu, sesuatu macam itu. Sebelum saya mulakan semula Supreme Master Television buat kali kedua di Taiwan (Formosa), maya datang beritahu saya, beri amaran kepada saya bahawa saya hanya dapat buat kerja ini selama lima tahun. Selepas lima tahun, saya akan perlu tutupnya. Saya tanya dia sebabnya. Dia kata, “Kamu akan menjadi lumpuh.” Jadi saya berfikir, “Okey, mungkin saya akan duduk di kerusi roda atau sesuatu.” Itu apa yang saya fikirkan. Jadi saya suruh dia pergi.

Saya berfikir mungkin saya duduk di kerusi roda lepas lima tahun jika saya terus membuat kerja Supreme Master Television. Jadi saya kata, okey, jika saya lumpuh, saya lumpuh, jika saya masih dapat bekerja. Dia tak kata, “Saya tak dapat bekerja.” Dia kata, “Kamu perlu tutup.” Jadi saya berfikir, mungkin itu hanya pencacatan badan. Jadi saya tak berapa pedulikannya. Jadi saya teruskan. Sekarang saya menyedari bahawa menjadi lumpuh bermakna saya tiada tempat untuk pergi. Saya tak boleh pergi ke mana-mana pun buat masa ini tetapi masih boleh bekerja. Itu sesuatu yang baik, cuma kononnya anak murid Tuhan saya tak dapat lihat saya dan mereka begitu rindui saya. Tetapi mereka boleh lihat saya di televisyen. Itu dah pun sesuatu. Saya begitu kasihi mereka. Saya begitu rindui mereka tetapi saya perlu buat apa yang perlu saya buat, apa yang mungkin dlm keadaan-keadaan dan situasi-situasi yang berlainan. Sekurangnya saya masih hidup di sini. Sekali-sekala ditimpa banyak atau sedikit karma kerana campur tangan dalam Keamanan Dunia, Vegan Sedunia dan bencana dunia,

segala-galanya yang saya buat. Tidak satu pun Guru lain yang akan buat begitu. Begitu pun, Mereka ditindas dan mati dengan cara yang begitu kejam atau dalam situasi-situasi yang berlainan, malah mati dalam penjara dengan racun, mati pada kayu salib atau mati dengan penggantungan. Jadi saya bekerja sehingga tak dapat tapi sekurangnya saya dapat bekerja untuk Supreme Master Television sekarang dan orang dapat lihat saya dan tahu bahawa saya masih hidup, Guru mereka masih hidup. Itu dah pun sesuatu yang baik.

Okey, semoga anda semua, orang Kristian, mendapat yang terbaik. Semoga semua penganut agama-agama yang berlainan mendapat yang terbaik. Semoga anda mendapat yang terbaik, iaitu makrifat, benar-benar mengenali Tuhan jauh di dalam dan di luar.

Itu yang terbaik yg boleh saya harapkan untuk anda, yang terbaik yg boleh anda dapat di seluruh Alam Semesta. Itu lebih baik daripada meskipun orang menawari anda seluruh kerajaan dan menjadi raja kerajaan itu. Tiada apa-apa yang lebih baik daripada menjadi bermakrifat dan kenali Tuhan sementara masih hidup Berdoalah saja jika anda tidak kenali mana-mana Guru yang dapat ajar anda. Jika anda tidak percayai sesiapa pun, berdoalah saja kepada Tuhan. Saya dengar anda berdoa juga.

Oh, tempoh hari, minggu lalu, saya terdengar, oh, banyak doa dari seluruh dunia, sekurang-kurangnya untuk seketika, kemudian saya perlu pergi buat sesuatu. Jika tidak, sangat memilukan hati dan sangat kuat di dalam. Meskipun anda duduk di sebelah saya, anda takkan dengarnya tetapi saya dengarnya. Agaknya itu selepas kesedaran bahawa hidup tidak berkekalan di Bumi.

Bukan sahaja di Bumi, mana-mana pun kecuali di alam spiritual tinggi, kecuali di atas Peringkat Spiritual Ketiga. Semua tempat yang lain tidak selamat, tidak berkekalan. Ia pasti akan binasa suatu hari nanti. Kita dapat melanjutkan hayatnya selagi kita dapat tetapi bukan nyawa kita sendiri. Mungkin Guru atau Tuhan dapat melanjutkan hayatnya tetapi bukan nyawa fizikal untuk anda. Di sesetengah Syurga, ya, anda dapat hidup selama-lamanya – bukan di sini. Mungkin anda dapat hidup lama sekali, bergantunglah.

Jika dunia ini terselamat daripada segala jenis pergolakan yang bawa malapetaka dan jika manusia berubah menjadi mulia, berbelas kasihan, pemurah, pengasih dan baik hati sesama orang dan terhadap semua makhluk di planet yang sama ini, maka mungkin manusia akan hidup lama semula – dua, tiga ratus tahun, lapan ratus tahun atau mungkin lebih seribu tahun – itu akan normal.

Tetapi sekarang, tidak, terlalu banyak karma bunuh. Anda perlu dibunuh untuk melangsaikan semua itu. Jadi mustahil nak harapkan umur yang panjang.

Ada sesetengah pengamal, tak banyak, pendeta Taoisme atau agama Buddha, mengamalkan kelanjutan umur. Mereka sentiasa beramal supaya dapat hidup lama. Saya tak tahu buat apa mereka beramal. Jika tiada apa-apa yang boleh mereka sertai di dunia ini, buat apa mereka nak hidup lama? Kecuali jika mereka dah benar-benar mengenali Tuhan, maka tak menjadi hal sama ada mereka hidup lama atau tidak. Mereka akan nampak Tuhan selepas meninggalkan badan fizikal ini. Jadi macam mana pun, tak mengapa, itu hidup anda.

Anda memilih tapi pilihlah kebaikan, pilih belas kasihan, pilih kemurahan. Itu membuat anda mulia, membuat anda dikasihi oleh semua Syurga dan Bumi dan membuat neraka takut pada anda, tak dapat sentuh anda. Sekurang-kurangnya berdoa setiap hari, maka sekurang-kurangnya dlm hayat ini, syaitan tak dapat sentuh anda, tak dapat buat kacau dalam hidup anda. Anda akan mengecap kehidupan yang baik dan tenang bersama keluarga, saudara-mara dan kawan anda. Anda akan hidup lebih lama, bukan beratus-ratus tahun seperti jika kita tinggal di Firdaus tetapi kita boleh buat Firdaus itu dengan memaafkan orang dan tidak cederakan sesiapa pun lagi, tidak memudaratkan sesiapa pun lagi, tidak membunuh sesiapa pun lagi.

Oleh sesiapa pun, maksud saya semua makhluk di planet ini. Tuhan berikan planet yang sama ini kepada anda semua dan semua makhluk. Itu bukan planet anda utk dimusnahkan. Bukan anda yang memberi hidup kepada planet ini. Itu bukan planet anda untuk dimusnahkan. Itu planet bersama untuk semua penghuni bersama. Orang-haiwan ialah penghuni bersama atau penyewa bersama anda. Ia bukan milik anda, planet ini. Anda hanyalah penyewa. Orang-haiwan ialah penyewa bersama juga. Jadi ingatlah itu. Beri hormat kepada mereka dan jangan ganggu mereka. Tuhan akan menjaga anda dan akan menjaga mereka juga. Dalam Bible, ada dinyatakan bahawa Tuhan malah mencipta makanan, foder untuk orang-haiwan. Ia dinyatakan secara hitam putih dalam Bible. Anda, orang Kristian, pergilah bacanya sekali lagi. Tuhan malah berfirman bahawa orang-haiwan akan jadi pembantu anda. Jika anda tak tahu akan sesuatu, bertanya kepada orang-burung atau orang-haiwan, contohnya.

“Dan kepada setiap haiwan di bumi dan kepada setiap burung di langit dan kepada segala-galanya yang merayap di bumi, segala-galanya yang mempunyai nafas hidup, Aku telah berikan setiap tumbuhan hijau sebagai makanan. Begitulah.” ~ Kitab Suci Bible, Genesis 1:30

“Dia menyebabkan rumput bertumbuh untuk haiwan, dan tumbuhan untuk pemakanan manusia: Dia boleh menghasilkan makanan dari bumi.” ~ Kitab Suci Bible, Mazmur 104:14

“Sudah tentu nasib manusia sama dengan nasib haiwan; nasib yang sama menanti mereka berdua: Apabila satunya mati, satu lagi mati juga. Semuanya mempunyai nafas yang sama; manusia tidak mempunyai kelebihan atas haiwan [...]” ~ Kitab Suci Bible, Ecclesiastes 3:19

“Orang yang muhsin hormati nyawa haiwannya, tetapi belas kasihan lembut orang jahat hanyalah kekejaman.” ~ Kitab Suci Bible, Bidalan 12:10

“Tuhan baik terhadap semua makhluk dan belas kasihan lembut-Nya meliputi semua ciptaan-Nya. [bermaksud semua benda yang dicipta]” ~ Kitab Suci Bible, Mazmur 145:9

“Tetapi tanya haiwan dan mereka akan mengajar kamu, atau burung di langit, dan mereka akan beritahu kamu; atau bercakap dengan Bumi, dan ia akan mengajar kamu, atau biar ikan di dalam laut beritahu kamu.” ~ Kitab Suci Bible, Nabi Ayub 12:7-8 Dan lain-lain…

Ya, tetapi hari ini anda tanya, anda tak dengar apa-apa pun. Intuisi anda kabur. Hati nurani anda tersekat. Jadi anda hanya bertindak seperti zombi tak berotak. Maafkan saya. Maafkan saya jika saya bercakap benar. Sedarlah. Menjadi tuhan. Menjadi tuhan mini. Anak daripada Tuhan agung, berjalan di Bumi dengan maruah anak Tuhan, sebuah rumah ibadat yang menempatkan Tuhan di dalamnya. Usah pedulikan apa yang agama lain, biksu atau biksuni bodoh katakan tentang ada Tuhan, tiada Tuhan. Anda sendiri buatnya benar. Jika anda benar-benar percaya kepada Tuhan, anda harus percaya bahawa Tuhan buat semua benda untuk orang-haiwan, apa yang mereka perlukan, dan Tuhan buat semua benda untuk manusia miliki, apa yang mereka perlukan.

Kita hanya kekal macam itu, rakan, jiran, bukan pembunuh, bukan anda manusia yang bermaruah menjadi pembunuh, peragut nyawa, nyawa anak mereka. Ya Tuhan, ini terlalu kejam, terlalu sukar dipercayai, terlalu tak dapat dipercayai, hari ini kita masih hidup di dunia macam ini, malah saling membunuh, kelihatan macam muka yang sama dengan anda. Musuh kelihatan macam anda tetapi anda pergi berdepan dengan dia, kemudian bunuh dia macam itu, meragut nyawanya dengan begitu saja, dalam satu saat. Kemudian bunuh berbilion-bilion orang-haiwan setiap tahun dengan cara seperti syaitan, saya perlu kata. Itu telah melampaui kekejaman. Itu cara seperti syaitan. Hanya di neraka syaitan akan menghukum seseorang yang berdosa macam itu.

Jadi berhati-hati dengan anda mungkin dihukum macam itu di neraka selepas anda meninggalkan dunia ini. Sangat berhati-hatilah. Hentikan segala perbuatan membunuh ini. Berhenti bunuh bayi anda sebelum mereka dilahirkan pun. Berhenti bunuh orang-haiwan atau turut serta dlm pembunuhan tak langsung hanya untuk makan. Kita ada begitu banyak makanan di mana-mana pun, dan begitu berkhasiat Makan semua orang-haiwan mati ini hanya akan buat anda jatuh sakit, habiskan lebih banyak wang anda, subsidi makanan manusia dan bantuan kerajaan hanya untuk mencederakan, memudaratkan diri sendiri, membunuh diri sendiri, malah membunuh anak anda dengan makan daging orang-haiwan mati. Cara mereka dibunuh, cara mereka diseksa sepanjang hidup, itu takkan membuat anda tenang.

Tolonglah, penganut Kristian atau Buddha, jaga kelakuan anda. Lebih banyak mempelajari kitab untuk mendapat segala pengetahuan yang anda perlukan, jika anda mahu. Jika tidak, anda hanya berakhlak mulia, bermoral, baik, pemurah, menjadi vegan. Itu saja yang perlu anda buat. Tuhan akan bantu anda buat yang selebihnya. Buddha akan tahu bahawa anda baik jika anda buat begitu. Meskipun anda tidak pergi ke tokong, meskipun anda memuja mana-mana biksu dan bukan Buddha, jika anda orang yang baik, hidup bermoral, jujur, Buddha akan tahu, akan berkati anda. Tuhan akan kasihi anda dan berkati anda. Amin.

Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Buddha Amitābha, semua Buddha, semua Santo dan Orang Suci, kami kasihi Engkau. Berkatilah kami. Tolonglah kami menjadi bermakrifat. Tolong selamatkan planet ini supaya kami ada masa untuk bertaubat bagi menebus kesalahan apa yang telah kami buat. Terima kasih, Engkau semua, Tuanku, Santo dan Orang Suci. Terima kasih. Semoga Tuhan berkati Engkau. Amin.

Photo Caption: Seronok Ada Cahaya Bulan yg Tenang!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/7)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-23
2788 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-24
2193 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-25
2240 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-26
2180 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-27
2087 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-28
1958 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-29
1999 Tontonan