Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang & Kebijaksanaan Guru dalam Setiap Pertemuan, Bahagian 7/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai (vegan) mengakhiri temu ramah-Nya yang beri pandangan mendalam dan tingkatkan tahap kerohanian dengan Elma Barrera daripada Stesen TV ABC13 Houston. Elma dengan ghairah menerima jemputan untuk menyertai Mahaguru Ching Hai dan anak murid-Nya di Pusat Meditasi Houston pada keesokan harinya.

Dalam separuh kedua, kami persembahkan bahagian pembukaan sidang akhbar yang beri pandangan mendalam bersama Mahaguru Ching Hai (vegan), diadakan di Kelab Desa Northgate. Wartawan daripada pelbagai saluran media berkumpul untuk menerokai maksud dan kepentingan makrifat. Dengan belas kasihan dan kejelasan, Guru berkongsi perincian tentang Kaedah Quan Yin, kepentingan meditasi dan topik-topik spiritual yang lain.

(Guru, halo. Saya wartawan daripada Kumpulan Berita Selatan.) Okey. (Ini akhbar harian bahasa Cina.) Tanyalah.

(Saya ingin tanya Guru tentang perkataan ‘Maha’ dalam ‘Namo Mahaguru Ching Hai’ yang sering Guru suruh orang lafazkan. Boleh Guru jelaskan kepada kami maksud melafazkan kata-kata itu?) Faham. (Minta jelaskannya, Guru.) Pertama sekali, bukanlah saya yang suruh mereka lafazkannya. Anak murid saya yang buat begitu. Anak murid saya dan bukan anak murid rasa bahawa melafazkannya adalah bermanfaat dan beri ilham kepada mereka, jadi mereka berkongsinya dengan orang, rasa bahawa itu boleh membantu juga apabila orang lain lafazkannya juga. Macam itulah. (Ya.) Mereka maksudkan, “Okey. Lebih baik kamu lafazkannya.” Bukanlah saya yang suruh mereka. (Okey.) Itu pertama. Kedua, ‘Maha’ bermakna Sifat Diri kita sendiri. (Profesion sendiri seseorang?) Sifat Diri kita. Sifat Diri. (Sifat Diri.) Diri kita. (Oh!) Sifat Diri kita adalah Tertinggi. (Diri kita adalah Tertinggi?) Ya. Kerana kita datang daripada Yang Maha Tinggi. Kamu rasa kita datang dari mana? Kita adalah daripada Tuhan – Tuhan Yang Maha Tinggi – dan Buddha, bermakna Sifat Tertinggi. Itu saja. Sama juga. (Ya.)

(Saya telah baca salah sebuah buku Guru, ‘Kunci Makrifat Semerta’.) Ya. (Dalam buku itu, Guru sebut sesuatu tentang Kaedah Quan Yin. Adakah Kaedah Quan Yin gunakan Kuasa Guru sendiri atau kuasa luar? Bolehkah Guru jelaskannya?) Kuasa kita sendiri. (Kuasa kita sendiri.) Diri Sebenar kita menjadi sedar. (Menjadi sedar.) Bukan kuasa luar.

(Ada satu soalan yang ingin saya tanya Guru. Adakah kaedah yang Guru amalkan berkaitan dengan agama Buddha Esoterik? Tidak. Tetapi ya juga. (Dalam aspek mana ia berkaitan?) Contohnya, biasanya… Tiada terjemahan untuk mereka? Tiada sesiapa yang menterjemah untuk orang ini? Boleh kamu terjemah? (Ya.) Sesiapa yang ingin memahami bahasa Cina harus datang duduk di sebelahnya.

Pada asalnya, agama Buddha Esoterik bermakna sesuatu yang sangat sulit, sangat berahsia. Apa-apa yang kita tahu, orang lain tak sepatutnya tahu. Dalam aspek itu, kami adalah serupa kerana contohnya apabila saya ajar kamu sesuatu, saya tidak ajar secara lisan. (Ya.) Jika kamu benar-benar ingin mengenal Keagungan kamu sendiri, status Tertinggi kamu sendiri, saya akan mengajar kamu. Contohnya, apa yang saya ajar kamu, seseorang di sebelah kamu pun tidak dapat tahu. (Maksud Guru, seperti penyampaian lisan dan arahan dari hati ke hati, kan? Seorang ke seorang.) Transmisi dari hati ke hati, ya. (Transmisi dari hati ke hati.) Sebab itulah ia dipanggil agama Buddha Esoterik. Agama Buddha Esoterik sepatutnya macam itu. (Faham.) Kerana ia terlalu berahsia sehingga tiada orang lain yg dapat mengetahuinya. Antara suami dan isteri atau ibu bapa pun, mereka tak dapat memahami peringkat spiritual anak mereka. (Jadi itu seperti transmisi rahsia, ditransmisikan secara rahsia.) Ya dan tidak. Oleh sebab ini ialah amalan spiritual, (Amalan spiritual.) Roh mengajar roh-roh di dalam; Kebijaksanaan mengajar kebijaksanaan itu sendiri. Oleh itu, tiada kata-kata yang diperlukan. Macam itulah. Tiada orang lain yang boleh tahu. Oleh itu, ini boleh dipanggil sebagai agama Buddha Esoterik.

(Ya. Ada satu lagi soalan yang ingin saya tanya Guru. Dalam buku Guru, saya baca banyak tentang bagaimana Guru membimbing anak murid dalam amalan spiritual.) Ada ke? (Ada satunya tentang meditasi.) Guru bermeditasi. Guru berkata bahawa meditasi sangat penting dan seseorang mesti meluangkan masa untuk bermeditasi.) Ya. (Mengenai meditasi, adakah mudah bagi orang biasa dirasuk sesuatu jenis syaitan luar?) Itu berlaku apabila tiada Guru yang baik untuk melindungi mereka, kadangkala orang kena rasuk. Adakah itu apa yang kamu maksudkan? (Tidak, maksud saya, dengan kaedah amalan spiritual Guru yang termasuk meditasi – adakah mudah dirasuk syaitan luar semasa bermeditasi?) (Ini bermakna perkara yang sama, kena rasuk.) Ya, sebab itulah saya kata – jika kamu tiada seorang Guru yang baik untuk melindungi kamu, kamu boleh dirasuk makhluk halus luar yang mungkin menduduki badanmu. Tetapi dengan Kaedah Quan Yin, kami tiada sebarang kes macam itu. Tak pernah ada satu kes kena rasuk pun. (Betul.) Sangat selamat. (Sangat selamat?) Ya. (Okey.) Kerana Guru melindungi kamu. Guru dapat lihat jauh sangat. (Ya.) Katakan kamu di Amerika, saya tetap dapat lihat kamu, bukan dengan mata fizikal. (Faham.) Maksud saya, saya akan memahami apa masalah yang mungkin kamu hadapi dan membantu. (Ya.) Sebelum kamu jadi matang sepenuhnya dan benar-benar menyedari Sifat Tertinggi kamu sendiri, Guru perlu menjaga kamu. Macam itu, kamu takkan hadapi masalah. Tetapi tanpa jagaan macam itu, kamu akan – kamu pasti akan hadapi masalah. (Ya.)

Photo Caption: Lihat Sebelum Anda Mencangkuk!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/12)
1
Kata-kata Hikmah
2025-07-28
1215 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-07-29
1053 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-07-30
983 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-07-31
978 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-08-01
785 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-08-02
756 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
548 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-08-05
329 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-05
550 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-08-05
329 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-08-05
564 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-04
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
548 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2025-08-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-08-04
884 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-08-03
1028 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android