Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Maaf, Guru, saya nak tanya Guru beberapa soalan.) (Guru, Steve Brunsman, saya bekerja di Houston Post.) Okey. (Seronok bertemu dengan Guru.) Seronok bertemu dengan kamu. (Saya perlu mohon maaf.) Tak mengapa, sayang. (Saya tiba di sini lewat.) Saya tahu kamu ada banyak kerja. (Saya nak ambil masa seminit dua bersama Guru.) Ya, pasti boleh. Semua orang yang lain, silakan makan. Okey. Atau apa kata kamu duduk di sini dan makan bersama kami. Tidak. Makan atau cakap, tak mengapa. Saya tak makan begitu banyak. Saya di sini hanya untuk orang. (Boleh saya duduk di sini?) Silakan duduk di mana-mana saja. (Jalan Guru agak senang atau ‘segera’, mungkin perkataan yang salah tetapi sesuatu yang... (Di dalam.) yang di dalam.) Hanya mengenali diri sendiri. (Cakaplah dengan saya tentang itu.) Kita tahu akan segala-galanya. Kita tahu akan banyak perkara di dunia ini kecuali diri sendiri. Jadi sesiapa yang datang kepada saya, jika cuba mencari Itu, yang abadi, yang merupakan diri mereka, yang akan buat mereka gembira, maka saya akan tunjukkan kpd mereka bahawa satu-satunya Benda yang berbaloi utk diketahui ialah diri sendiri. (Saya tak rasa Beliau maksudkan itu dari segi benda duniawi.) Ya. Jadi saya akan jelaskan kerana saya dah terlalu cepat bagi dia. ‘Diri’ yang kamu tahu sekarang ialah Steve-sesuatu, mungkin. Betul? Dilahirkan daripada En. dan Puan ini dan itu, dan tamat pengajian di universiti ini dan itu. Segala pengetahuan ini, kamu belajar daripada buku, ibu bapa, guru dan rakan, tetapi itu bukan diri sebenar kamu kerana sebelum kamu dilahirkan, kamu bukan Steve Brunsman. Kamu tiada segala pengetahuan yang kamu panggil sebagai ‘diri sendiri’ ini. Jadi apabila kita lihat asasnya, kita tiada apa-apa pun. Jika kita benar-benar berpaut pada kononnya Steve Brunsman ini sebagaimana yang kamu kenal dirimu, maka kamu tiada apa pun sebenarnya kerana kamu hanya ada pengetahuan buku, hanya ada pengalaman dalam kehidupan harian, hubungan dengan orang lain atau situasi. Itu bukan kamu. (Okey.) Itu hanya situasi dan pengetahuan. (Beritahulah saya tentang jalan untuk anak murid Guru. Adakah mereka datang kepada Guru dan di manakah ibu pejabat Guru? Adakah mereka ada kononnya jalan pengajian yang akan ambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun? Bagaimanakah ia dijalankan?) Ia tidak dijalankan di luar sebanyak dari dalam. Sebenarnya semasa saya mengajar orang, tidak perlukan bahasa. Tetapi kami juga gunakan bahasa dalam syarahan. Pada bila-bila saya dikehendaki pergi ke sesuatu tempat untuk bercakap atau bercakap di ibu pejabat saya di Taiwan (Formosa), dan apabila saya bercakap, maka orang menjadi jelas dengan salah konsep atau prasangka mereka, banyak perkara yang mereka tanya diri sendiri. Itu bahagian pertama. Apabila mereka dah sedia untuk menerima bahagian yang lebih tinggi, maka saya tak bercakap. Saya akan hanya mengajar mereka dalam kesenyapan, gunakan pengetahuan mereka sendiri untuk ajar mereka sendiri kerana kita semua ada kebijaksanaan ini di dalam. Apa yg perlu saya buat hanyalah beritahu mereka supaya berpusing dan lihat keagungan dan kebijaksanaan diri sendiri dan secara perlahan-lahan mereka akan mengenal itu. (Okey. Apabila Guru tidak bercakap, apabila seseorang berada di tahap tidak penting bagi Guru bercakap, kita bercakap tentang apa? Sejenis transmisi dari hati ke hati dgn…) Ya, ya, ya, itu saja. (Adakah ini jalan meditasi yang Guru sampaikan?) Ya, kita juga perlu bermeditasi. Kita beralih ke dalam untuk mengenali Diri sebenar kita. Mungkin itu lebih sesuai dengannya. (Itu macam mempercepat roh, membolehkan roh mula berkembang di dalam diri orang itu?) Mula mengenali Dirimu yang sudah pun agung. Satu demi satu. (Beritahulah saya, dah berapa lama Guru mengajar sebagai seorang Guru?) Dah tujuh, lapan tahun sekarang. (Mengenai berapa banyak anak murid, akankah Guru berkata Guru ada... atau berapa banyak orang telah mengikut jalan ini atau program Guru?) Saya rasa berpuluh-puluh ribu orang. Atau lebih daripada itu, lebih banyak daripada yg dapat saya ingat dan kenal. (Okey. Bagaimana dengan di dalam Amerika Syarikat? Adakah Guru agak aktif? Adakah Guru ada banyak anak murid di dalam Amerika Syarikat?) Pasti banyak ribu tetapi saya tak dapat ada angka yang tepat sekarang kerana saya juga tidak berada di sini dengan begitu lama dan tak begitu kerap. (Okey. Adakah ini lawatan pertama Guru ke Houston?) Tidak, tidak. Ini... (Saya rasa yang kedua.) Kedua atau ketiga. Kedua. (Okey. Banyak orang di Houston sini menganggap diri mereka beriman. Orang, dalam erti kata popular, menganggap ini tempat yang penduduknya sangat beriman, (Betul.) tempat yang ada banyak gereja dan jemaah.) Faham. Ya. (Adakah Guru anggap ini sebagai tempat yg penduduknya beriman atau spiritual?) Ya, penduduknya beriman dari satu segi tetapi akan lebih lengkap jika orang di tempat sebegini ditawari kaedah makrifat kendiri, pengenalan diri juga dan bukan hanya dengar ajaran Guru masa lalu tetapi tak memahaminya. Akan lebih beriman jika orang benar-benar memahami ajaran Guru-guru masa lalu dan juga memahami diri sendiri kerana itu apa yang semua Guru ajarkan: Mengenali diri sendiri dan tahu bahawa “Kerajaan Tuhan ada di dalam dirimu.” Banyak orang pergi ke jemaah-jemaah yang berlainan tetapi tak tahu Kerajaan Tuhan di mana. Mereka ada dengar tentang-Nya tetapi tak pernah lihat-Nya. Jadi jalan kami adalah mengajar orang segera mengetahui di mana Kerajaan Tuhan dan macam mana rupanya – sekurang-kurannya dari segi rohani. Jadi kamu dapat lihat Cahaya (Syurga dalaman) drpd Tuhan. Kamu dapat dengar firman Tuhan. Kamu akan menjadi semakin bijak dan lebih penyayang setiap hari. Pengalaman yang sangat konkrit dan realistik – bukan hanya bercakap dan beriklan tentangnya saja tetapi mengetahuinya, merasanya dan makin hari makin banyak, menjadi orang yang berbeza – berbeza, tetapi orang Diri, Diri sebenar. Bukan orang yang kamu kenal daripada pengetahuan dan daripada pengenalan orang tetapi Diri Sebenar kamu, Diri Sebenar kamu – sebelum kamu dilahirkan dan selepas kamu mati. Orang itu ialah apa? Jadi kami biar kamu tahu akan itu. OK? (Okey, sangat bagus.) Ya. (Terima kasih banyak-banyak.) Sama-sama. Saya harap saya tidak terlalu cepat bagi kamu. (Hanya di beberapa bahagian.) Okey. Kamu boleh tanya saya lagi. (Saya telah faham.) Terima kasih. Bagus. (Terima kasih sekali lagi. Saya hargai Guru meluangkan masa ini. Berapa lama Guru akan berada di sini?) Hingga kini, saya rasa kami merancang untuk hari Ahad. (Okey, Guru tahu tak ke mana Guru akan pergi selepas hari Ahad?) Saya rasa… (Saya tahu sebelumnya Guru...) kembali ke L.A. (...di California Selatan.) Ya, ya. (Adakah Guru kembali ke sana atau...?) Ya. (Okey. Guru ada tak di Amerika Syarikat sini apa-apa seperti pusat meditasi? Adakah terdapat… Dengan itu, saya maksudkan bangunan…) Faham. Kami tak begitu percayai bangunan. Jadi apa-apa yang kami beli – kami telah beli beberapa buat tempat – di mana bangunan kecil, contohnya rumah atau rumah ladang sudah wujud, kami ubahnya menjadi tempat untuk orang datang bermeditasi, tanya soalan, berehat, merasa hidangan vegan atau menyaksikan ajaran Suci. Itu saja. (Guru ada tak ini di Amerika Syarikat sini?) Ya, kami ada. (Ia terletak di mana?) Contohnya, yang terletak di L.A. Di sini, mereka cuba membeli tempat untuk lakukannya tetapi sekarang mereka lakukannya… (Gunakan rumah persendirian di sini.) Ya, di rumah persendirian. (Tetapi mereka ada pusat meditasi di New Jersey.) Ya. (Mereka ada satu di Los Angeles.) Ya, dan banyak tempat yang lain – di San Jose. (Adakah mereka ada ini... Apakah nama yang digunakan? Adakah Guru gunakan nama-nama yang berlainan bagi pusat ini atau...?) (Semuanya dipanggil Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa.) Betul, itu apa yang mereka memanggil diri, ya. (Adakah kamu makan makanan vegan?) (Saya suka. Maafkanlah saya tetapi saya ada jadual yang ketat.) Tiada masa. (Steve, adalah sangat baik kamu datang ke sini.) (Boleh saya berhubung dengan kamu pada awal minggu depan?) (Boleh.) (Hanya untuk membuat susulan...) (Ada seorang doktor di sini yang mungkin menjadi seseorang yang kamu nak ajak bercakap.) (Saya berfikir mungkin saya tulis beberapa nama dan nombor telefon untuk berhubung.) (Saya sentiasa boleh berikan itu kepada kamu jika kamu tidak mendapat memo.) (Okey. Bagus. Terima kasih sekali lagi.) Steve, saya kesal dengan kamu tak dapat sertai kami. (Saya hargainya.) (Terima kasih.) Okey. Sekarang kami ada hadiah untuk kamu. Berikan kuih vegan atau buah-buahan kepada dia. (Ya.) (Guru telah lakukannya lebih masa hari ini.) Tak apa. Tak mengapa. Semuanya untuk manfaat orang. Saya bukan di sini untuk makan, berehat atau bermain. (Guru pasti telah sampaikan Firman.) Baiklah. Sama seperti batu atau kayu. Tetapi konsep ‘tiada fikiran’ adalah sesuatu yang lain. Kadangkala kita tersangkut dalam istilah, tetapi pada realitinya, ‘tiada fikiran’ bukanlah macam itu. ‘Tiada fikiran’ bermakna pada masa itu, kamu telah capai alam yang lebih tinggi. Kamu telah terlepas daripada fikiran bukan-bukan yang remeh dan secara natural menaik ke peringkat lain. Kamu berhubung dengan Diri sebenar, Sifat sebenar kamu. Pada masa itu, kamu tidak perlukan minda lagi. (Ya.) Jadi tiada lagi fikiran kacau-bilau. Kamu masuki alam berbeza yang tak dapat dijelaskan dengan minda atau bahasanya. Pada masa itu, ia boleh dipanggil sebagai ‘tiada fikiran’. Tetapi ‘tiada fikiran’ itu bukanlah sesuatu yang kamu sendiri tahan atau bangkitkan secara paksa. (Semasa bermeditasi, bagaimana seseorang dapat mengubah fikiran kacau-bilau jadi ‘tiada fikiran’?) Ini sukar sikit. Ini ambil sedikit masa untuk berlatih. Bagi sesetengah orang, ia berlaku dengan cepat sekali. Sesetengah orang capai ‘tiada fikiran’ dengan serta-merta selepas menerima inisiasi. Mereka segera menaik ke peringkat tinggi. Mereka tinggalkan semua sampah. Bagi orang lain, mungkin perlu beramal selama beberapa minggu, beberapa bulan atau malah bbrp tahun. Tiada apa-apa pun. Kamu perlu mencari itu. Faham? Tetapi jangan terikat dan berkata, “Saya orang yang sangat berbelas kasihan. Hari ini saya berikan lima ratus kepada kamu dan di sana saya berikan lima ribu. Saya ialah jenis orang itu.” Apabila kamu berpaut pada itu, itu ialah ‘diri’. Tetapi ‘diri’ itu adalah tidak benar. Itu sama seperti berkata, “Oh! Saya begitu teruk. Saya begitu keras. Saya marahi isteri saya. Saya memekik pada anak saya.” Itu bukan ‘diri’ sebenar juga. Jika kamu asyik berfikir, “Saya ialah ini,” atau “Saya ialah itu,” kamu tersangkut dalam keduaan. (Saya sendiri tahu tetapi…) Ya, memang. Jadi sebelum ‘diri’ dilahirkan, itu ialah ‘diri’ sebenar, sebelum kita adalah baik atau buruk, sebelum apa-apa wujud. (Bagaimana kita dapat mengenali diri kita yang sebelum dilahirkan, Guru?) Kamu perlu mentafakurkan itu. Saya sangat jelas tetapi… Apabila kamu bermeditasi dengan cukup lama atau bermeditasi dengan cara yang betul, kamu akan secara beransur-ansur membebaskan diri daripada idea pratanggap itu. Tanggapan “Saya buruk,” “Saya baik,” “Saya bijak,” “Saya berbakat,” “Saya bodoh,” atau apa-apa saja yang lain dan kembali kepada Diri sebenar. Pada masa itu, kamu mengetahui segalanya tetapi pada masa yang sama tidak mengetahui apa-apa pun. (Bagaimana seseorang boleh berubah daripada tak tahu apa-apa pun menjadi mengetahui segala-galanya tetapi...) Itu Sifat sebenar kita (Ya, itu ialah kita...) tetapi kita dah lupa. (Betul.) Kita habiskan masa sepanjang hari... (Bagaimana kita ingat semula, Guru?) Sebab itulah mengajar pelajar adalah begitu mencabar, (Ya.) bekerja dengan setiap cara yang boleh. Matlamat utama adalah bantu mereka menjadi sedar supaya mereka boleh gunakan makrifat mereka untuk faham dengan cepat. Jika tidak, bergantung kepada minda mengambil masa yang sangat panjang. Sebab itulah saya duduk di sini sekarang, berkhutbah kepada kamu. Saya boleh bercakap dan mengajar kamu selama lima atau sepuluh tahun tetapi akan tetap sama saja. Jadi pertama, kamu perlu membuka minda Guru di dalam. (Ya.) Kamu perlu merawat punca asasnya, bukan hanya gejalanya. Setelah ia dibuka, apabila saya bercakap dengan kamu, kamu boleh dengar dan faham. Sebab itulah kamu asyik tanya tetapi anak murid saya faham dengan serta-merta apa yg saya katakan sementara banyak orang yang lain terus tanya tetapi masih tak faham. Ini kerana pemahaman mereka belum terbuka. (Guru kata selepas 7,000 tahun?) Sesuatu macam itu. (Wau!) Lebih panjang daripada tujuh ribu, lebih sikit. Sekarang pukul berapa? (Pukul 2.15.) Jika tidak, kita tiada waktu malam kerana itu siang dan malam. (Apa kata Guru…) (Guru perlu berehat.) Terpulang kepada kamu. Jika kamu mahukan lebih banyak soalan, kamu boleh tanya saya. Jika tidak, saya pergi dari sini. Kamulah yang penting, bukan saya. (Satu-satunya soalan saya tentang Guru ialah…) Makrifat. (Makrifat.) Okey. Saya akan berikan kepada kamu dalam masa lima minit. Kamu akan mendapatnya. Jangan risau. OK? (Adakah dia telah menjadi vegan, Guru?) Ya Tuhan, dah lama dia menjadi vegan (Benar ke?) dan sudah menerima inisiasi. (Oh! Benar ke?) Dia sudah pun anak murid tetapi sangat intelektual. Dia ada banyak pengalaman dalaman tetapi masih mahukan lebih banyak lagi. Macam itulah, dimanjakan sikit. Mereka semua macam itu, cuma dua orang asing ini lebih banyak saya manjakan sikit (Ya.) dan mereka banyak bekerja juga. Itu saja. Ini disebabkan oleh latar belakangnya. (Esok pada pukul 3. Ia percuma.) Apa itu? (Di mana?) (Esok pada pukul 3.) Oh! Dia bercakap tentang inisiasi esok pada pukul 3. (Inisiasi esok pada pukul 3. Ia percuma.) Ia percuma, sentiasa percuma. Segalanya daripada saya adalah percuma. Oleh sebab saya terhutang segalanya kepada dunia ini, jadi saya berikannya secara percuma. Mereka ada prosedur, birokrasi atau sesuatu macam itu – kamu teruskan. (Uruskan hal duniawi dan…) Ya. Itu saja. Jadi jangan risau. Kamu bebas. Siapa mengikat kamu? Siapa perlukan badan fizikal? (Betul.) Kamu dah tiada di sini. Kamu di atas sana dan mengarahkan badan fizikal ini sekarang. (Betul.) Jadi dah tentu kamu tiada visi dalaman. Kamu dah tiada di sini. Ada siapa di sana utk lihat visi dalaman? (Sesiapa yang lain nampak visi dalaman.) Hanya jika kamu masih ada di sana, maka kamu nampak visi dalaman. (Oh! Benar ke?) Ya. (Itu keadaannya.) Yep. Baiklah. Ah! Tiada apa-apa pun. (Bermakrifat seperti Guru.) Ya, bermakrifat. (Saya telah banyak belajar, Guru. Guru telah banyak mengajar saya. Ini takdir.) Okey. Jika kamu ada masa? (Ya.) Kamu boleh dengar pita saya, (Saya adanya.) atau baca buku saya. Itu mungkin bantu kamu. Itu membantu sampai tahap tertentu. (Ya. Terima kasih, Guru.) Jika kamu mahunya lebih mendalam, maka kamu boleh pergi untuk inisiasi sebenar. Itu saja. Pilihan ada dalam tanganmu. (Terima kasih.) Saya sentiasa sedia. (Okey, okey.) Mana-mana jalan. Jadi kamu biar dia tahu. Ada sesiapa lagi yg nak ambil gambar? Cukup? Pastikan ia baik. Adakah ia baik? Ambillah satu lagi. (Satu lagi? Okey.) Ya. Kalau-kalau diperlukan. (Senyum.) Baiklah. Angin saya baik hari ini. (Okey. Terima kasih.) Berhati-hati. (Terima kasih banyak-banyak.) Saya ada sesuatu untuk kamu. (Guru kami ada sesuatu untuk…) Semua orang. Jenis hadiah ini ialah benda yang sama. Di dalam. (Ini hadiah istimewa. Ia diberkati.) Jadi biar mereka kongsinya. Kamu saling berkongsi. Okey? Ini datang daripada latar belakang antarabangsa – Âu Lạc (Vietnam), China, Amerika, Houston, California dan lain-lain. (Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak...) Jumpa lagi pada sekitar pukul 6, 7 atau sesuatu. (Baiklah.) Tiada soalan ialah soalan terbaik. Baiklah. Kamu dah cukup melihat saya? Saya ada sedikit masalah dengan mata saya hari ini, jadi saya perlu pakai cermin mata hitam. Tetapi jika kamu nak lihat mata saya, kamu boleh lihat gambar saya. (Jagalah diri.) Baiklah. (Guru tahu bagaimana keadaan saya.) Ya. Photo Caption: Kita akan Membina Semula daripada Kemusnahan