Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Adakah Tuhan Benar-benar Biarkan Peperangan Berlaku dan Mengapa Keamanan Ambil Masa Begitu Lama?, Bahagian 4 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Manusia sendiri juga mesti memahami dan menerimanya, dan kembali kepada Sifat Syurga termasuk belas kasihan, termasuk kemurahan, termasuk sifat sedia bantu makhluk lain. Lebih-lebih lagi, jangan bunuh anak anda sendiri atau bantu orang membunuh anak mereka dan/atau bunuh orang-haiwan yang tidak berdosa atau bantu membunuh orang-haiwan yang tidak berdosa dan malah makan mereka. Saya

memang berdoa agar suatu hari nanti setiap dan semua drpd anda akan nampak gambaran itu di dalam diri anda, bagaimana karma berfungsi untuk buat anda menderita kemudiannya. Sesetengah orang menderita dengan serta-merta. Ada banyak kisah sebenar bahawa orang yang bunuh orang-anjing atau orang-haiwan banyak menderita selepas itu dan hampir dengan serta-merta. Sesetengah orang akan menderita lebih lama selepas itu kerana mungkin mereka ada pahala besar daripada satu atau banyak hayat lampau yang akan melindungi mereka sampai tahap tertentu atau masa tertentu, tetapi selepas itu, akhirnya mereka akan perlu melangsaikannya kerana tiada sesiapa yang ada pahala tak terhad yang dapat melindungi anda daripada karma buruk.

“Karma Dahsyat Pemilik Kedai Buah-buahan yang Bunuh Ayam dgn Tidak Berhati Perut!”

HOST: Kisah kami yg pertama berlaku pada 2019 dan dikongsi oleh seorg penganut Buddha yang menyaksikan akibat karma yang menyayat hati yang dihadapi oleh pasangan yang bernama Tuấn dan Hoa.

Narrator: Saya terdengar raungan terdesak ayam – suatu bunyi nyaring, lantang yg pecahkan kesunyian di sekeliling saya. Saya berhenti dan secara naluri memandang Tuấn yg berdiri berdekatan, tangan kirinya mencengkam leher seekor ayam jantan yg berbulu keemasan sementara tangan kanannya memegang sebilah pisau yang berkilat. Ayam jantan itu kuat bergelut, mengibaskan sayapnya dengan kuat tetapi tidak dapat melepaskan diri. Dalam sekelip mata saja, mata pisau mengelar melintasnya dan arus darah merah yang terang terpancut keluar, melimpahi lantai simen yang retak apabila raungan akhir burung itu berhenti. […] Tetapi apa yang lagi menakutkan saya ialah wajahnya – selamba sepenuhnya, langsung tidak berkerut dahi, tidak mengelipkan mata pun. Dia melakukan perbuatan itu macam mesin, seolah-olah nyawa yang baru diambilnya tidak bererti sama sekali. […]

Dalam mimpi yang samar-samar, saya mendapati diri saya berdiri di depan kedai buah-buahan itu tetapi bukan pemandangan siang hari yang biasa. Langit gelap-gelita dan tiada satu orang pun yang kelihatan. […] Tiba-tiba, seekor ayam jantan gergasi muncul di tengah-tengah halaman kecil. Dia sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda saiz ayam biasa, berbulu merah menyala seperti api. Mata bulatnya yang bercahaya bersinar dengan terang dalam kegelapan, menjegil pada saya. Saya ingin lari tetapi kaki saya terasa macam dipegang kuat-kuat. Saya tidak dapat bergerak. Ayam jantan itu tidak berkokok atau bergelut. Dia hanya berdiri di sana, tidak bergerak, matanya yang berapi-api kelihatan macam menembusi roh saya. Kemudian dia bercakap – bukan kokok tetapi suara yang dalam, jelas seperti manusia: “Dia akan langsaikannya dgn kaki sendiri. Darah telah tertumpah. Hutang mesti dilangsaikan.”

HOST: Selepas mengalami mimpi ramal yang ganjil itu, penganut Buddha itu hanya boleh berdoa secara senyap agar Tuấn sedar sebelum terlambat, tetapi apabila karma telah matang sepenuhnya, akibatnya pasti datang. Pada musim sejuk tahun 2023, Tuấn alami kemalangan yang serius semasa dalam perjalanan untuk menghantar orang-ayam kepada pelanggan.

Narrator: Tuấn terbaring di katil hospital, mukanya pucat, kakinya dibalut ketat dengan kain pembalut walaupun tompok merah sudah meresapi kain putih itu. Doktor beritahu saya bahawa dia alami fraktur femur yang teruk, berserta kerosakan tulang belakang yang serius. Mereka telah buat sebaik yang boleh dengan pembedahan tetapi peluang untuk dia berjalan semula hampir sifar. Dia menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah, berkemungkinan untuk sepanjang hidup.

HOST: Pada suatu hari, penuh dengan rasa bersalah dan sesal, Tuấn menzahirkan hasratnya untuk bertemu dengan penganut Buddha itu.

Narrator: “Saya telah berbuat salah,” katanya dgn air mata mengalir menuruni mukanya “Saya tak seharusnya bunuh mereka. Saya tak seharusnya mencemuh karma. Sekarang saya percayainya… tapi dah terlambat!” […] “Malam tadi, saya mimpikan seseorang yg berpakaian hitam, mukanya tidak jelas berdiri di sudut bilik saya. Dia tak kata apa-apa pun, hanya menunjuk pada kaki saya dan ketawa tetapi gelak ketawa itu tidak kedengaran seperti manusia. Ia bergema seolah-olah datang dari bawah tanah yang dalam. Kemudian dia berkata, ‘Ini hanya permulaannya saja. Darah belum cukup. Hutangnya belum dilangsaikan.’ Saya tersentak bangun tetapi kesejukan daripada mimpi itu masih dirasai, terasa benar.” […]

Saya memegang tangannya dan cuba berkata dengan tenang, “Tuấn, sekarang kamu telah menyedari kesilapanmu, masih belum terlambat. Bertaubatlah dengan ikhlas, melafazkan Nama Buddha dan memohon ampun. Apa yang telah kamu semaikan memang mesti kamu langsaikan tetapi taubat sebenar dapat bantu mengurangkan beban karma.” Dia gelengkan kepalanya, dengan air mata lagi banyak gugur, “Kamu tak faham. Saya dapat rasainya sekarang! Kematian bukan penghujungnya. Saya takut hayat seterusnya akan lagi teruk daripada hayat ini. Saya telah bunuh begitu banyak ayam… Saya berhutang begitu banyak nyawa… Mana dapat saya langsaikan semuanya?!”

Petikan daripada “Dakwaan Akibat Semerta Berikutan Penyembelihan Anjing pada Hari Pertama Bulan Qamari”

Narrator: Vàng diikat dengan ketat pada pangkal pokok kelapa, keempat-empat kaki diikat dengan tali, relang leher diikatkan dgn begitu ketat sehingga dia menggeletar, seolah-olah telah merasai nasibnya. Matanya yang terbeliak menjadi merah, merayu secara senyap kpd lima lelaki itu sementara ekornya terkulai. […] Tý Ðen mengangkat pisau. Mata pisau keluli ditetakkan pada leher anjing itu. Darah merah yang terang tersembur seperti arus air, terpercik ke dalam mangkuk seramik lama yang dipegang oleh Tư Lùn, terhambur di atas tanah yang kering, merekah. Vàng bergelut, mata terbeliak, bersinar dengan kebencian, seolah-olah cuba menanam nasibnya ke dalam minda lima orang lelaki itu. […] Tý Ðen tinggikan suaranya dgn angkuh, seperti raja isytiharkan peperangan, “Minumlah, saudara! Daging anjing pada hari pertama membawa tuah sepanjang tahun. Aku tak takut pada dewa atau makhluk halus!” […] Pada malam itu, seluruh kampung dikejutkan oleh raungan anjing yang panjang, menyayukan, bergema sejauh dari padang hingga ke tebing sungai, bukan satu anjing saja tetapi nampaknya berpuluh-puluh ekor, meraung dari dekat dan jauh, seolah-olah memanggil makhluk halus dari kegelapan. Kanak-kanak menjerit manakala orang tua menggeletar, berkumat-kamit baca doa Buddha. […]

Tư Lùn, orang yang paling banyak bercakap dalam kumpulan itu, mula hidup dalam ketakutan selepas malam itu, waktu raungan anjing bergema di seluruh kampung. […] Dia bermimpikan Vàng, darah menitis dari lehernya, mata merah menyala, berdiri di pintunya dan menjegil tepat pada dia. […] Pada malam kedua, Tư Lùn tidak dapat tidur. […] Dia melihat dengan teliti melalui rekahan di pintu dan kaku ketakutan melihat seekor anjing hitam yang besar dgn mata bercahaya seperti arang panas. […] Dia menjerit dan berlari ke dalam halaman, cuba pergi ke rumah jiran. Tetapi sebaik saja dia melangkah keluar dari lorong, sebuah pedati tiga roda muncul entah dari mana, bergerak macam tiupan angin yang bawa maut dan melanggar dia. […]

Ba Mập, terkejut dengan kematian Tư Lùn, mula tidak dapat tidur dan hilang selera makan, terseksa seolah-olah ditunggui hantu. […] Pada malam ketiga, dia memutuskan untuk tidak duduk di rumah dan lari ke rumah saudara-mara di hujung kampung. […] Pada sekitar tengah malam, raungan anjing bergema di luar tingkap, memanggil namanya dengan cara yang menyeramkan, amat menakutkan. Dgn menggeletar, dia genggam selimut dan menggumam sambil menangis teresak-esak, “Aku minta engkau. Aku takkan melakukannya lagi.” Tiba-tiba, derakan yang kuat datang dari bumbung, macam dahan patah. Dia bergegas ke halaman, cuba berlari balik ke rumah ibunya tetapi sebaik saja dia sampai di jalan, sebuah lori yang terbabas muncul entah dari mana dan melanggar dia. […]

Hai Rô, gentar dengan kematian Ba ​​Mập, berada dalam keadaan panik yang melampau. […] Pada malam keempat, raungan anjing datang dari kebun pisang di belakang rumahnya, menyayukan dan menyeramkan seolah-olah memanggil makhluk halus. Dia ayunkan pisaunya ke arah kegelapan tetapi ia patah dan jatuh dengan derakan yang kuat, seperti suatu amaran dari alam lain. Dia berlari ke sungai, berharap dapat bersembunyi di atas bot, berfikir bahawa air dapat menghindarkan makhluk halus yang resah, tetapi apabila dia melangkah ke atas jambatan buluh, ia patah dan dia jatuh ke dalam sungai. Lehernya terkena propeler bot. […]

Năm Sẹo, yang paling kuat dalam kumpulan itu, cuba kelihatan macam tidak takut tetapi jauh di lubuk hatinya ketakutan sudah menguasainya. […] Pada malam keenam, dengan hujan renyai-renyai, Năm Sẹo memutuskan utk tinggalkan kampung itu, berfikir bahawa melarikan diri jauh-jauh akan menghapuskan sumpahan itu. […] Di bawah hujan sejuk, dia terdengar raungan dari semak dan mencemuh dengan ingkar, berkata, “Anjing liar, huh? Aku akan tangkap kau dan buat daging daripada kau.” […] Dia mengikut bunyi raung itu, masuk lebih dalam sementara hujan menjadi lebih lebat. […] Di depannya berdiri sebatang pokok kelapa yang besar, dahannya tebal dan berbelit-belit. […] Di bawah pokok itu, Vàng duduk diam-diam, basah kuyup, matanya merah menyala, lidahnya berlumuran darah. […] Năm Sẹo menjadi kaku. Jantungnya berdenyut kencang. […] Vàng meraung, bunyi nyaring yang bergema di seluruh hutan adalah seperti sumpahan akhir. […] Năm Sẹo cabut lari ke arah jalan raya, cuba berlari balik ke kampung tetapi sebuah motosikal muncul entah dari mana dan melanggar dia. […]

Tý Ðen, lelaki terakhir yang terselamat, sekarang hidup dlm ketakutan besar. […] Dia berlutut dan merayu dengan suara tertahan-tahan, macam orang yang putus harapan, “Tolong selamatkan aku! Aku bersalah! Aku takkan melakukannya lagi!” […] Pada malam ketujuh, dia memutuskan utk menunggang motosikal ke tokong kecil di tepi sungai. Sambil berlutut di depan altar, dia menyalakan dupa dan berdoa dengan suara terketar-ketar, “Aku bersalah. Aku bertaubat dgn ikhlas. Vàng, maafkanlah aku.” […] Dalam perjalanan pulang, sebuah pedati tiga roda tiba-tiba memecut ke arahnya dan berlanggar dengan kenderaannya. Tý Ðen terhumban ke atas tanah, berdarah dgn banyaknya tapi terselamat.

Sebelum mengikut Guru untuk jalankan amalan spiritual, saya seorang nelayan yang bekerja di laut. Saya telah bunuh banyak makhluk di dalam air. Untuk masa yanga panjang ketika masih muda lagi, baru berusia 25 tahun lebih, saya sudah hidapi begitu banyak penyakit yang berkaitan dengan diet makan daging seperti sinusitis kronik, penyakit kardiovaskular, sakit sendi, hernia cakram dan klaustrofobia. Pada masa itu, saya alami begitu banyak kesakitan. Saya pergi jumpa banyak doktor tetapi tidak berhasil. Pada suatu hari, abang saya yang jalankan amalan spiritual dengan Guru menasihati saya supaya berhenti menangkap ikan, menjadi vegan dan jalankan amalan spiritual. Mendengar kata-kata abang saya, saya menjadi vegan dan membaca buku Guru. Kemudian selepas suatu tempoh masa, saya diinisiasi oleh Guru pada 1 November 2014 dan mengamalkan Kaedah Quan Yin hingga sekarang. Kesihatan saya beransur pulih. Sekarang saya normal dan sihat. Kasih sayang dan kebijaksanaan saya semakin meningkat. Saya ingin beritahu Guru salah satu pengalaman dalaman saya:

Suatu kali, ketika bermeditasi, tiba-tiba saya dapati ada bintik merah pada perut saya yang menjadi besar dgn perlahan-lahan. Saya berasa kagum melihat banyak haiwan merayap keluar darinya, seperti orang-sotong katak, -kurita, -ikan kecil dan sebagainya. Itu sangat menyakitkan. Banyak daripada mereka tidak mahu keluar, jadi saya perlu gunakan tangan untuk tarik setiap drpd mereka keluar dari badan saya. Pada masa itu, saya rasai kesakitan yg tidak terperikan! Apabila mereka semua keluar, saya berasa sangat lega. Saya secara senyap memahami bahawa: Apabila saya mengikut Guru untuk amalkan Kaedah Quan Yin, Guru menanggung banyak karma lampau saya dan hapuskan karma tetap saya yang perlu saya langsaikan untuk banyak hayat. Guru memendekkan pelangsaian ini menjadi satu sesi meditasi supaya badan saya menjadi lebih sihat dan dapat terus beramal untuk dinaikkan.

Disebabkn oleh Kuasa Berkat Guru yang meresapi badan saya ketika bermeditasi, makhluk yang saya bunuh telah memaafkan saya dan keluar dari badan saya. Saya amat berterima kasih kepada Guru kerana menyelamatkan saya daripada kejahilan di dunia ini. […]

“Seorang saudara saya jatuh sakit selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 yang kedua. Itu sistitis yang serius dengan keradangan uretra. Selepas berjumpa beberapa orang doktor, tiada seorang pun yang dapat kenal pasti apa jenis bakteria itu, jadi tidak dapat mempreskripsikan ubat yang betul. Dia terlalu banyak menderita, tidak dapat pergi bekerja. Ketika bermeditasi, saya ternampak uretranya mengeluarkan tulang dan bulu pelepah orang-ayam. Saya menyedari bahawa penyakitnya ialah balasan karma memakan daging. (Orang-ayam datang untuk membalas dendam.) [...]

Suatu kali saya memberanikan diri untuk menghantar kata-kata hati kepada Supreme Master TV. Pd suatu hari, saya nampak itu disiarkan! […] Apa yang saya tidak jangkakan ialah Guru juga tinggalkan pesanan untuk saya walaupun Beliau ada jadual kerja yg padat Itu Kasih Sayang yang sangat lembut, tidak terkatakan. […] Guru menekankan kepentingan veganisme dalam balasan-Nya. Saya segera meninjau senarai rumah sembelih berdaftar. Apa yang mengejutkan saya ialah rumah sembelih paling banyak tertumpu di kawasan yang terdapat lebih banyak bencana! […]

Sebelumnya bapa saya sangat suka makan daging orang-haiwan. Ketika beliau berusia 39 tahun, seorang biksuni menasihatinya supaya menjadi vegan pada usia 40 tahun. Beliau sangat tidak gembira dengan nasihat ini. Walaupun lepas beliau capai usia 40 thn, perniagaan keluarga kami beransur merosot, beliau masih makan banyak daging orang-haiwan dlm setiap hidangan Hingga usia 68 tahun baru beliau mula jatuh sakit selepas pahalanya dalam hidup telah habis. Beliau terkejut mendapati hidupnya telah berubah. Kami semua menasihati beliau supaya menjadi vegan. Beliau keberatan nak berbuat demikian tetapi bagi menyelamatkan nyawa sendiri, beliau cuba menjadi seorang vegan. Diet vegan membuat proses penyembuhannya menjadi jauh lebih lancar. […]

Baiklah. Itu seharusnya jawapan bagi apa yang anda tanya saya, “Mengapa Tuhan biarkan peperangan berlaku?” dan “Mengapa keamanan ambil masa begitu lama walaupun semua pemimpin besar di dunia cuba bersungguh-sungguh untuk merundingkan peperangan, permainan perang bagi membuat situasi aman damai dan boleh didiami semula, membuat dunia atau negara ada keamanan dan kehidupan yang baik semula.” Saya tak nak terlalu banyak bercakap macam ini kerana mungkin anda ingat saya nak… Saya nak mengubah anda menjadi anak murid saya. Tidak, tidak. Saya telah beritahu anda banyak kali. Saya telah perkenalkan kepada anda banyak agama yang lain, banyak organisasi agama yang lain, banyak sistem kepercayaan. Saya sudah perkenalkannya kepada anda apa yang saya tahu tetapi saya masih rasa banyak daripada anda belum faham lagi, jadi saya cuba bercakap secara berulang kali walaupun saya tak begitu suka.

Saya memang suka hanya jalani kehidupan yang tenang, normal seperti semua orang dengan amalan spiritual normal saya sehingga Tuhan izinkan saya pulang ke Rumah tapi saya tak sentiasa dapat berdiam diri melihat orang menderita dalam kejahilan. Kejahilan mereka memang menyebabkan mereka sakit dan menderita dalam hayat ini dan selepas itu di neraka. Selepas neraka, berterusan: mungkin menjadi manusia, orang-haiwan, dan menderita secara berulangan, tak dapat keluar daripada kitaran ini.

Semua ini buat saya tak dapat tidur. Saya banyak menangis. Jadi saya masih cuba ingatkan anda. Harap-harap sesetengah orang, sesetengah daripada anda akan faham dan cuba kembali kepada standard manusia yang sebenar, suatu ukuran oleh semua Syurga, malah neraka. Maya pun, jika anda berakhlak mulia, bermoral, mereka tak berani pergi dekat untuk biar anda lihat mereka pun, apalagi mencederakan anda atau bawa anda ke neraka, tidak. Tetapi jika mana-mana manusia kekurangan moral, sifat baik, dalam fikiran saja pun, maka mereka akan berpeluang untuk datang mencederakan anda dan buat anda menjadi lebih buruk – menjadikan pertahanan dan keazaman anda bertambah buruk

kerana apabila anda memikirkan atau membuat perkara yang tidak seperti Syurga, seperti neraka, maka anda merendahkan getaran anda, standard nilai anda. Anda akan menjadi seperti mereka – seperti orang neraka atau syaitan, seperti entiti yang jahat atau sangat tidak bermaruah. Anda bukan makhluk Syurga. Anda tidak layak menjadi manusia pun. Apabila syaitan lihat itu, mereka tahu anda telah jatuh, kemudian boleh datang kepada anda bersama orang bawahan mereka, menyeksa anda atau buat anda menjadi semakin buruk dalam tatasusila, moral dan standard mulia. Itu bgmn mereka dapat mudaratkan anda. Jadi tolonglah, sentiasa memastikan fikiran, pertuturan dan perbuatan anda murni, tidak rumit. Tiada fikiran memudaratkan terhadap sesiapa pun. Lebih-lebih lagi, jangan turut serta dalam mana-mana tenaga bunuh daripada daging orang-haiwan ini. Maka anda akan selamat.

Anda tak perlu mengikut saya. Hanya ikut peraturan moral dunia ini. Hanya berbuat baik supaya anda mendapat lebih banyak pahala. Di dunia fizikal ini, segalanya yang anda mahukan, anda perlu berusaha baru boleh mendapatnya meskipun anda datang dari Syurga tertinggi, setelah anda berada di sini, kerana anda berhutang kepadanya. Anda berhutang kepada dunia ini kerana anda makan makanan mereka. Jadi anda mesti langsaikannya. Jadi jika anda bekerja untuk mencari nafkah, membantu orang lain, maka anda tidak berhutang. Tetapi jika dunia penuh dengan huru-hara dan kesusahan, mungkin anda tetap perlu ambil bahagian dalam karma kolektif ini. Jadi bagi mengelakkan semua itu, pastikan diri anda bersih, bermoral. Apa-apa yang baik, anda segera lakukan. Apa-apa yang buruk, elakkan. Dan sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk minta perlindungan, kasih sayang, pengampunan. Maka anda akan baik-baik saja.

Anda tak perlu mengikut saya atau sesiapa pun. Jika standard manusia anda adalah baik, kukuh, maka anda baik-baik saja. Anda boleh dilahirkan semula sebagai manusia dan ada segala pahala pada anda supaya anda boleh menjadi kaya, terkenal, disayangi dan ada kedamaian dalam keluarga, dalam kehidupan dan di negara anda. Saya harap sesetengah drpd anda dengar, sesetengah daripada anda yg benar-benar ialah manusia, yang ada roh yang layak menjadi manusia. Tapi dah tentu, ada banyak orang yang takkan dengar kerana mereka bukan manusia. Mereka tiada roh. Mereka berasal daripada kuasa negatif atau mereka sendiri ialah syaitan. Jadi jika anda nampak orang seperti itu, cuba elakkan mereka sebanyak yang boleh. Jika anda perlu bersama mereka, berdoalah kepada Tuhan. Berdoa kpd Syurga agar melindungi anda.

Baiklah, itu saja buat masa ini. Saya kasihi anda semua dan berdoa kepada Tuhan agar berlembut dengan anda, mengampuni anda, berkati anda, kasihi anda dan tunjukkan jalan kpd anda. Jika anda datang kepada saya, dah tentu, saya sentiasa sanggup bantu anda dari segi rohani. Tetapi jika anda tidak datang, maka jagalah diri. Berdoa kepada Tuhan sepanjang masa, pada bila-bila saja anda boleh, dan menjadi insan baik, membantu makhluk lain – lebih baik tidak cederakan sesiapa pun. Ingatlah, jangan cederakan cacing pun. Semoga Tuhan berkati kita semua, mengampuni kita semua dan membimbing kita semua pulang ke Rumah sebenar yang benar, menakjubkan, tersergam indah, bebas tanpa runsing, damai, bahagia. Amin.

Kami bersyukur kepada Engkau, Tuhan, atas Kemurahan Hati, Kasih Sayang dan Belas Kasihan-Mu terhadap kami. Semoga Engkau juga bebas, Tuhanku, daripada penderitaan kerana manusia ialah anak-Mu. Apabila mereka berbuat salah, pergi ke neraka, Engkau menderita. Aku membuat sebaik yang boleh bagi mengurangkan itu untuk Engkau. Engkau tahu akan itu. Sudah kurang dengan banyak sekarang. Aku akan teruskan. Aku bukan hanya bantu manusia atau orang-haiwan, Engkau tahu akan itu. Aku juga cuba meminimumkan, mengurangkan atau hapuskan sepenuhnya penderitaan-Mu. Semoga Engkau bantu aku melakukan apa-apa saja yang Engkau hendaki aku lakukan, Tuhanku, MaPa-ku – Ibu dan Bapa – begitu Penyayang, begitu Berbelas Kasihan, begitu Pemurah, begitu Pengampun. Syukur kepada Engkau, MaPa. Bagi MaPa, kita perlu kata: Kami bersyukur kepada Engkau, MaPa Berharga, MaPa Paling Berharga, MaPa Tersayang-ku. Bermaksud Mama dan Papa.

Photo Caption: “Ungkapan Matahari dgn Gambar di atas: ‘Engkau Dikasihi dan Dihormati’ Terima Kasih, Matahari yang Dikasihi, Berlembutlah dengan Dunia Ini”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/4)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-24
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-24
461 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-24
605 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-23
205 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-03-23
241 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2026-03-23
232 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2026-03-23
216 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-23
987 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-22
445 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun