Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bagaimana kepercayaan sepenuh kepada TUHAN membolehkan kekayaan Syurga dan bakat kita terjelma serta mengapa hati harus ditawan melalui kasih sayang dan kebaikan.Lama dahulu ketika saya datang ke Itali buat kali pertama, saya temu dgn seseorang di dalam kereta api – seorang wanita tua. Dia jemput saya ke rumahnya dan perlakukan saya macam tetamu tertinggi di rumahnya selama beberapa hari. Seluruh keluarga adalah begitu juga. Bukan untuk apa-apa pun. Tanpa sebab. Cuma mereka dilahirkan dengan kebaikan hati dan kasih sayang. Jadi segala kejadian ini berlaku sekali lagi apabila saya kembali ke Itali. Oleh sebab dah lama saya tidak berada di sini, saya telah lupa dan kelihatan macam kali pertama. Sama juga dengan kita semua. Apabila kita diperkenalkan kepada Syurga semula buat kali pertama, kita juga akan rasa itu kali pertama.Saya rasa Nabi Isa telah meninggalkan tanggapan yang dalam di tanah ini walaupun Nabi telah tinggalkan kita hampir 2,000 tahun dahulu. Jadi setiap perkara baik, meskipun sudah lama, meskipun sudah ketinggalan zaman, sentiasa berguna. Setiap kali kita bertindak baik terhadap orang, kita wujudkan Syurga besar antara kita dengan orang itu dan juga di persekitaran. Nabi Isa tidak menawan dunia dengan bom atom, dengan misil radioaktif tetapi menawan dengan Kasih Sayang. Itu apa yang malangnya sesetengah daripada kita belum pelajari dengan begitu baik.Jika semua orang di dunia berkelakuan macam orang Itali, kita akan ada peperangan yang kurang, lebih banyak keamanan dan kemakmuran bagi setiap negara. Sejak Nabi Isa meninggalkan kita, sesetengah drpd kita telah lupa bagaimana mengikut jalan TUHAN, bagaimana bertindak dengan sifat TUHAN, bagaimana untuk ingat bahawa kita sebahagian daripada TUHAN. Saya sangat gembira dengan orang Itali sangat ingat akan TUHAN. Saya rasa gembira berada di sini untuk menyaksikan kesan Ajaran Nabi Isa yang mengagumkan, menakjubkan kepada umat manusia. Dapatkah kita lihat berapa besar pengaruh yang boleh satu orang berikan kepada seluruh bangasa di planet ini atau sekurang-kurangnya di sesetengah bahagian planet ini? Terutama di Itali.Jadi satu contoh sentiasa lebih baik daripada seribu buah buku teori. Hanya kasih sayang dapat berikan kesan yang begitu besar, berpanjangan. Bagi orang Itali, saya hanya boleh memuji, ada rasa hormat dan kegembiraan yang dalam mengenali kalian. Nabi telah begitu banyak berkati kalian. Ia malah terjelma dalam budaya kalian, seni bina kalian, khazanah seni kalian yang tertera pada mercu tanda kalian kerana Nabi Isa telah berkati tanah kalian dengan Ajaran-Nya.Pada zaman moden pun, begitu banyak artis juga muncul dari tanah kalian dan menawan dunia dengan kesukaan mereka terhadap kecantikan. Kalian tahu sangat – begitu banyak artis yang terkenal ialah orang Itali. Jadi orang di dunia harus belajar daripada contoh ini bahawa kita harus menawan hati orang lain dengan kebaikan, kasih sayang, kecantikan, sifat baik dan bukan dengan senjata. Kalian tahu bahawa artis kalian menawan dunia dengan bakat mereka, fesyen yang cantik, barangan kemas, tinggalan halus, begitu banyak lukisan, arca yang cantik dan sebagainya. Dengan Picasso… Adakah beliau orang Itali? Bukan, beliau bukan? (Bukan.) Nama ini kedengaran macam itu. Saya suka beliau menjadi begitu. Baiklah, Michelangelo. Okey? Beliau lagi besar, contohnya. Seluruh dunia perlu datang ke sini. Seluruh dunia perlu datang ke sini untuk menghayati karya agung ini di tengah-tengah tanah kalian. Tidak, tidak, bukan. Maaf. Kesilapan. Segalanya dengan ‘O’, dengan ‘I’, saya ingat itu orang Itali. Bertuccini, Michelangelo dan lain-lain. Bagaimana dengan Lamborghini? Bagaimana dengan itu? Itu buatan Itali? Kalian tahu tak berapa harganya? Lebih tiga ratus ribu dolar Amerika. Salah satu yang paling mahal, dan Ferrari. Paling terkenal, paling mahal. Kereta pun dibuat di Itali. Jadi begitu banyak berkatlah yang kalian ada. Saya boleh cakap secara berterusan tetapi saya bukan cuba beriklan untuk ekonomi kalian, jadi kita berhenti di sini.Jadi ini menunjukkan… Saya hanya nak berkata bahawa apabila kita ada begitu banyak kepercayaan kpd TUHAN, segala bakat dorman kita, segala kekayaan Syurga pun terjelma menjadi kenyataan. Kalian dikurniai dengan Kerajaan Vatican di sini juga. Kalian juga dikurniai dengan kehadiran banyak Paus yang pemurah, baik budi di tanah kalian. Sekarang kalian juga dikurniai dengan Papa yg paling popular – salah seorang insan suci yang paling popular, paling dikasihi. Jadi kalian harus sangat gembira. Kalian harus bersyukur kepada TUHAN setiap hari. Saya sangat bertuah juga berada di sini, selama beberapa hari saja pun. Jadi bagi sesetengah daripada kalian, kalau-kalau masih tidak begitu gembira, jika kalian masih rasa kalian benar-benar mahu mengenali TUHAN dgn lebih dalam benar-benar mahu… malah boleh cakap dgn TUHAN secara langsung menyentuh TUHAN, memeluk TUHAN atau malah dengar firman TUHAN, maka saya boleh tawarkan bonus tambahan ini sementara saya di sini untuk masa yang singkat.Maaf. Ini akibat asap rokok dari Eropah. Ya. Salah satu amalan yang malangnya masih berleluasa di benua ini. Semalam saya tertanya-tanya – saya bercakap dengan kawan saya – saya tertanya-tanya bagaimana bangsa yang begitu peramah, suci terjerumus ke dalam tabiat ini? Saya beritahu mereka bahawa saya rasa mereka berhati terlalu murni – semua orang jual apa-apa pun kpd mereka mereka beli apa-apa saja dan cubanya. Tetapi ini salah satu benda yang kadangkala kaburkan penglihatan kita. Kerana ia menyebabkan gangguan di dalam otak. Hanya beberapa hari saja, di hotel berasap rokok, di dalam pesawat berasap merokok, di lapangan terbang berasap rokok, di dalam teksi berasap rokok dan saya menjadi macam ini. Saya malah berdarah – hidung berdarah – dan telinga saya tak dapat dengar. Kepala saya terasa mengembang. Betapa kesiannya orang yang merokok setiap hari macam itu. Saya benar-benar rasa bersimpati. Sesetengah daripada kita, walaupun kita cintai TUHAN, ingin mengenali TUHAN, kita tak tahu bagaimana mencari TUHAN secara langsung. Dalam keadaan dahaga akan pengetahuan spiritual, Kasih Sayang Suci, kita menyambar apa-apa saja yang buat kita berasa puas sikit, mabuk sikit, gembira sikit untuk seketika kerana ini ialah gantian yang boleh kita dapat dengan senangnya.Tetapi seperti arak, dadah atau rokok, sebenarnya itu racun. Ia buat kita lagi kurang dekat dengan TUHAN. Sebab itulah dalam amalan spiritual, kita nasihati orang supaya hindari benda yang memudaratkan ini.Photo Caption: “Pengetahuan Sebenar, Apabila Temui CAHAYA SEBENAR”











