Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 5 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru persembahkan puisi dan lagu, menjelaskan lirik yang menzahirkan rindu roh yang dalam terhadap TUHAN.

(Kami menguruskan akhbar. Kami orang yang cetaknya.) Kamu berani, kan? (Jika kami tak dapat lakukannya, maka kami akan tutup.) Berani, memang? (Kami sendiri mulakannya dan sendiri cetaknya.) Oh! Betul. Itu apa yang buatnya susah. (Bukanlah mereka ialah orang yang berikan wang.) (Bukanlah mereka berikan apa-apa kepada kami.) Oh! Benar ke? Tetapi bagaimana dengan yuran pengiklanan? Bukankah mereka bayar kepada kamu untuk beriklan? (Jika mereka beriklan, mereka perlu bayar kepada kami.) Ah! Begitu ke? (Tetapi jika mereka tidak beriklan, maka kami… Guru tahu akan peribahasa “tanpa orang itu pun, pasar tetap penuh sesak.”) Oh! Benar ke? (Satu orang pergi dari situ, orang lain masuk.) (Ya, jadi kami terus membuat saja apa yang kami buat.) (Tiada apa-apa yang nak ditakuti.) Okey. Kita tak tahu sama ada mereka di sebelah kita atau sebelah musuh, kan? Baiklah (Mana tahu? Mungkin salah seorang anak murid Guru akan datang suatu hari nanti dan berkata, “Biar saya beriklan.”) Menjadi wartawan perlukan keberanian. Itu sangat bagus.

Bekerja dalam kewartawanan memerlukan keberanian. Itu setia kepada profesion kita dan dalam impian kita. Itu bukan senang. Sangat bagus, saya sukanya. (Jadi hanya kerana mereka katakan itu, patutkah kami hentikannya?) (Kita tak boleh tarik balik begitu saja.) (“Baiklah, lupakannya saja, letak balik. Saya takkan menyiarkannya lagi.”) Ya. Ini juga suatu ujian terhadap keberanianmu, kan? Mungkin lepas itu dia akan menulis balik dan merayu, “Oh! Saya bergurau saja tempoh hari. Janganlah susah hati. Hari ini, saya akan buat tiga atau empat iklan lagi.” Kita mesti ikut apa yang kita percaya betul, dgn apa cara sekalipun. (Setelah kita komited untuk lakukannya, kita lakukannya.) Ya.

(Sesetengah anak murid Guru juga beriklan tetapi mereka tidak sebut bahawa mereka anak murid Guru.) Begitu ke? (Mereka tak kata apa-apa pun.) Okey. (Mereka tidak sebutnya.) Mereka tak kata mereka anak murid saya? (Ada satu orang...) Mereka semua bekerja secara senyap di balik tabir. (Mereka jual perabot.) (Okey. Mereka jual perabot.) (Saya belum tahu yang itu. Ada banyak anak murid Guru di Monterey Park dan Alhambra.) (Sesetengah pemilik kedai perabot minta kami beriklan untuk mereka.) (Mereka tanya, “Mengapa kamu tidak beriklan dlm majalah kami sebelumnya?”) (“Apabila saya nampak foto Guru, saya memutuskan untuk beriklan.”) Ah! Benar ke? Begitu cantik, huh? Kemudian saya lihatnya dan lihat betapa cantiknya itu. Saya kata, “Oh! Mengapa saya ada foto yang begitu cantik tetapi tak tahu akannya pun?” Saya tak tahu saya ada gambar itu. Apakah semua ini? Okey. Boleh kamu ambil? Terima kasih. Kamu kelihatan macam orang-kerbau. Orang-kerbau. Macam orang-kerbau, minum begitu banyak air. Kamu ada apa-apa soalan lagi tak? Atau jika ada apa-apa hal peribadi yg kamu nak tanya, tanyalah saja, tak apa. Dia boleh bercakap di sana, tak mengapa. Kita berdua boleh bercakap di sini. (Tidak, kami hanya bersembang untuk seronok-seronok.) Berseronok? Okey. (Seperti keluarga.) Ya. Okey.

Jika kita ada masa lapang, kita boleh deklamasikan puisi bersama-sama untuk seronok-seronok. Mendeklamasikan puisi, minum kopi dan seumpamanya. (Karaoke juga. Guru bernyanyi dengan baik sekali.) Pasti. Okey, saya baru mengeluarkan beberapa lagu Twist yang memang merdu. (Dalam perjalanan balik, Guru berjalan sambil bernyanyi, “Aku menyeberang dengan feri.”) (Kita memang perlu saksikan video itu untuk lihat betapa lucunya itu.)

(Baru-baru ini Guru telah menulis lirik baharu untuk beberapa buah lagu Amerika dan Âu Lạc (Vietnam). Beliau sendiri menulisnya.) (Boleh kami menyiarkan petikan daripada puisi Guru kali ini, Guru?) Puisi yang mana? (Puisi yang Guru terbitkan dalam majalah berita itu… Itu puisi yang indah.) Okey. Ya, jika kamu suka. (Puisi Inggeris. Ia sangat romantik!) Tapi semuanya tentang cinta kpd TUHAN Tapi sama ada sesiapa memahami itu, saya tak tahu. (Tetapi kami bacanya macam itu.) Orang juga boleh mentafsirkan ‘cinta’ itu sebagai cinta manusia. (Ya.) Puisi itu, ‘Kekasihku Berjauhan’. (Ya. Yang itu adalah baik.) Puisi itu telah digubah menjadi lagu yang merdu. Saya akan gubah muzik untuknya.

Kekasihku berjauhan Dia masih ingatkah siapa aku? Dipisahkan oleh Bima Sakti Rinduku sedalam sungai, setinggi gunung Kekasihku berjauhan Di mana Syurga dan Bumi bersatu (Ya.) Itu pulau TUHAN. Sejak dahulukala lagi Tinggalkan aku berseorangan, rindu! Secara berulangan aku merayau Melalui seribu galaksi dan dunia, Melalui banyak kematian dan kelahiran tak terkira Mencari Kekasihku Kekasihku sentiasa berjauhan Hatiku sentiasa rindui-Mu...

Adakah itu baik? (Ya. Guru bernyanyi dengan merdu sekali.) Adakah terdapat korus juga? Atau itu saja? Macam tu. (Ya.) (Petang ini, saya baca karya itu sekali lagi buat kali kedua.) (Saya bacanya sekali lagi petang ini buat kali kedua.) Bagaimana dengan bahagian tengahnya? Bahagian tengah. Bgmn ia dinyanyikan? (Secara berulangan aku merayau) Tidak, itu berbeza.

Kekasihku berjauhan Dia masih ingatkah siapa aku? Malam-malam yang panjang, merindui Kawan karibku Bermimpikan Bima Sakti Oh! Hei, hei, mana-mana orang yang lalu Mana-mana orang yang lalu Tolong berhenti dan beritahu aku di mana Kerajaan-Nya Tahukah engkau Jalannya? Kekasihku berjauhan Di mana Syurga dan Bumi bersatu Sejak dahulukala lagi

Istilah ‘dahulukala’ bermakna tiada permulaan – umumnya, ia bermakna abadi. Tetapi ia juga boleh bermakna seseorang yang tidak taat. TUHAN telah tinggalkan kita. Dia tak kelihatan macam beri perhatian kepada kita. Bukankah begitu? Sejak dahulukala lagi Tinggalkan aku berseorangan, rindu! Secara berulangan aku merayau Melalui seribu galaksi dan dunia, Melalui banyak kematian dan kelahiran tak terkira Mencari Kekasihku Kekasihku sentiasa berjauhan Hatiku sentiasa rindui-Mu...

Kita benar-benar mencari – mencari Diri itu, mencari Orang Tercinta kita. Itulah Diri Sebenar Kita. Mencari Diri Asal kita. Itu Orang Tercinta Terbesar. Kekasih kecil di dunia ini hanyalah tiruan. Oleh itu, disebabkan Kasih Sayang Besar itulah manusia terus mencari kasih sayang. Kamu faham? Orang mesti saling mengasihi, mesti saling mencari. Semua itu disebabkan Kasih Sayang Besar (Begitu menyeronokkan.) (Guru ialah Buddha Gembira! Guru begitu periang dan artistik juga.) (Tetapi hari ini melihat tangan Guru, saya dapat lihat mengapa Guru seorg artis. Dengan jari yang begitu halus, siapa lagi dapat melukis kecuali Guru?)

(Adakah Guru adakan pameran seni setiap tahun?) Tidak, sekali-sekala saja. Saya buat pameran hanya apabila orang jemput saya. (Adakah pameran itu di Taiwan (Formosa) atau…?) Biasanya anak murid saya datang lihatnya dan orang lain datang sebagai pelawat. Tetapi tahun lalu, ada pameran di Brussels, Belgium. Ia dipanggil Belgium, betul? (Brussels.) Brussels, Belgium. Baiklah. Okey. Kerana mereka jemput saya bawa lukisan untuk pameran. Sebab itulah saya adakan pameran rasmi. Tetapi biasanya ke mana pun saya pergi – sama ada untuk beri khutbah atau sesuatu yang lain – anak murid saya bawa bersama beberapa lukisan dan gantungnya pada dinding untuk tetamu lihat. (Cantiknya. Semua lukisan itu begitu cantik.) Tak perlu adakan sebarang pameran rasmi.

(Hari itu, kita memilih dua lukisan, kan?) Lukisan yang mana? (Kami ingin bawanya pulang bersama kami.) (‘Matahari’.) (Lukisan ‘Matahari’.) (Kami hanya boleh ambil gambarnya. Kami tak boleh bawanya pulang.) (Ya, kami mengambil gambar.) Kamu nak bawanya pulang? Biar saya berikannya kepada kamu. Dua yang mana? Saya akan berikannya kepada kamu. (Biar kami balik dan lihat gambar itu sekali lagi, kemudian kami akan ingat yang mana.) Baiklah, ‘Matahari’. (Mereka agak tegas, kan?) (Begitu tegas. Sebelum kami boleh dekatinya pun, mereka sudah menolak kami dari situ. Mereka tidak benarkan kami lihat lukisan itu pun.) Kerana apabila itu anak murid… (Hanya satu atau dua lukisan ada tandatangan Guru.) Kerana mereka takut anak murid mungkin mengotorkan lukisan itu.

(Mengapa ada sesetengah lukisan yang Guru tidak tandatangani?) Mungkin disebabkan oleh bingkainya… (Saya hanya nampak ‘Biển Đông’ tertulis di sana. Di bawahnya hanya ada nama dan di atasnya ialah tandatangan.) Mungkin tandatangannya telah ditutupi semasa mereka membingkai lukisan. Kadangkala saya terlupa tandatanganinya. Apabila anak murid bawanya kpd saya, saya teringat dan tandatanganinya, kerana saya melukis hanya utk seronok-seronok dan selepas itu baru saya terfikir tentang perkara sebegini. Mereka perlu ingatkan saya, kemudian saya ingat utk tandatanganinya. (Ia sangat cantik. Saya memang seronok melihat lukisan itu.) Beritahulah saya dua yang mana ingin kamu bawa pulang. (Ya.) Saya akan berikannya kepada kamu. Elakkan dirimu daripada kesusahan menjadi pencuri! Beritahulah saya dengan jelas – apakah tajuknya? (Yang itu ialah ‘Ketamakan’.) Kemudian saya akan hantarnya kepada kamu. Okey? (Ya.) Atau saya boleh suruh (…) bawanya kepada kamu. Okey? (Ya.)

Okey. Jika kamu suka akan seni, saya sangat bangga dan sangat gembira juga. (Guru ada tak mana-mana lagu yang lain? Nyanyikanlah satu lagi untuk kami.) (Bagus! Lagu terakhir itu sangat baik!) Lagu Âu Lạc (Vietnam)? (Ya, lagu Âu Lạc (Vietnam).) Saya tiada banyak lagu Âu Lạc (Vietnam) juga. (Tetapi itu bukan versi asal lagu itu dalam bahasa Inggeris, Guru?) Ya, betul tu. (Kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam).) Kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Cina dan Âu Lạc (Vietnam). (Ya.) (Kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam).) (Ketiga-tiga bahasa.) Kadangkala saya menulis lagu dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), kemudian terjemahkannya kepada bahasa Inggeris dan Cina. (Kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam).) Kali ini, saya tulisnya dlm bahasa Inggeris dulu, kemudian terjemahkannya kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam) dan Cina. Versi Inggeris ada melodi yang berbeza. (Ya.) (Kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Âu Lạc (Vietnam).) Ia tidak serancak yang ini. Ritmanya adalah sesuatu macam bolero, kan? Cha-cha-cha. (Melodi yang mana? Drpd lagu yg mana?) Lagu tadi itu! Kekasihku berjauhan Dia masih ingatkah siapa aku? (Paso Doble.) Ya. (Ya.)

Ada beberapa lagi – dua atau tiga buah lagu lagi. Dua, tiga buah lagi lagu Âu Lạc (Vietnam) tetapi belum berlatih lagi. Tiada latihan sama sekali. Saya menulisnya saja supaya saya boleh minta saudara ini bantu menulis not muziknya (Ya.) kerana saya sudah nyanyikannya. (Ya.) Jadi saya minta dia supaya menulisnya. (Menulis melodinya.) Mentranskripsikan notnya. Ada lagu apa yang lain? Lagu apa yang lain? Lagu Âu Lạc (Vietnam). (‘Ingatlah akan Aku Apabila Hujan Turun’ dan ‘Mahaguru’, betul?)

(Bersama-sama, bersama-sama kita melihat hujan.) Ah! Lagu ‘Ingatlah akan Aku Apabila Hujan Turun’. Bersama-sama… Lagu itu sukar untuk dinyanyikan, huh? (Tinggi sikit.) Bersama-sama, bersama-sama kita melihat hujan. Apa jenis ritma ini? (Rumba.) Ah, Rumba! (Tetapi lebih pantas sikit.) Apa seterusnya? Saya dah lupa.

Kita melihat pelangi. Ingatlah, ingat akan waktu bersama itu. Ingatlah, ingat akan waktu bersama itu.

Saya suka akan hujan kerana hujan adalah seperti mesej yang dihantar ke bawah sini dari Syurga. Apabila hujan turun, itu juga seperti jambatan yang menghubungkan Syurga dan Bumi, jadi saya memang suka akan hujan. Saya sering dengar bunyi hujan dan menunggu hujan bersama dengan anak murid saya. Sebab itulah saya menulis lagu ini. Ke mana-mana pun engkau pergi, Ingatlah akan aku apabila hujan turun. Sayang…

Saya telah batuk selama berbulan-bulan sekarang. Pasti memekakkan telinga mendengarnya. (Tidak, suara Guru sangat merdu.) (Suara Guru memang merdu.) Ya Tuhan, saya begitu banyak batuk! (Suara Guru sangat merdu. Guru dapat capai not rendah dan tinggi.)

Engkau tahu pasti betapa sunyinya aku, Hujan bangkitkan kenangan terhadap Negeri jauhku.

‘NGƯỜI’ adalah dalam huruf besar, ditulis dengan huruf besar. ‘NGƯỜI’ merujuk kepada TUHAN, MAKHLUK SUCI. Ah! Lebih kurang macam itu, masih ada banyak lagi. (Ya, dan Guru dah letih juga hari ini.) (Baiklah, kami akan pergi sekarang.) (Okey.) Pergi cetak surat khabar? (Terima kasih banyak-banyak, Guru!) Okey, sama-sama. (Terima kasih, Guru.) Saya ada begitu sedikit masa saja. Jika tidak, jika kamu suka akan muzik, saya boleh duduk di sini sepanjang hari, bernyanyi untuk kamu dan mendeklamasikan puisi juga. Saya suka berbuat demikian. Kamu suka dengar deklamasi puisi tak? (Ya, saya suka.) Kamu suka akan puisi, kan? (Ya, dah tentu kami suka.) Ah! Jadi kamu memang suka akannya.

Photo Caption: “Menyandarkan dan Merehatkan Roh pada YANG MAHA BESAR, Bukan Senang Nak Cari Ketenangan di Bumi!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
1381 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
1106 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
933 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
782 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
582 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
531 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-24
700 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
531 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-10-24
561 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-24
809 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-23
945 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-23
196 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
582 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2026-10-23
200 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun