Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kebijaksanaan dan Tumpuan, Bahagian 3 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada Sesuatu di dalam badan manusia, di dalam diri manusia yang akan membuat kalian tahu bahawa kalian agung. Ada Sesuatu di dalam diri kita yang apabila kita jumpai, kita akan tahu bahawa kita adalah daripada Tuhan, bahawa kita ialah Buddha. Sesetengah daripada kita telah jumpai sebahagian daripada Sesuatu ini. Sesetengah daripada kita telah jumpai seluruhnya. Buddha telah jumpai-Nya sepenuhnya. Nabi Isa telah jumpai-Nya sepenuhnya, begitu juga dengan banyak Guru yg lain seperti Nabi Muhammad SAW, Krishna dan lain-lain lagi. Apabila Mereka telah jumpai ini sepenuhnya, Mereka menjadi Buddha. Mereka menjadi bermakrifat sepenuhnya. Mereka menjadi bersatu dengan Tuhan. Mereka tahu Mereka datang dari mana. Mereka tahu ke mana Mereka akan pergi selepas meninggalkan badan fizikal ini. Kemudian Mereka beritahu kita bahawa kita ada Sifat Buddha di dalam diri kita. Mereka beritahu kita bahawa kita ada Tuhan yang bersemayam di dalam rumah ibadat fizikal ini.

Jika kita jumpai sebahagian saja pun daripada Sifat yang menakjubkan ini, Asal yg menakjubkan di dlm diri kita ini, kita akan menjadi lebih bijak, lebih cerdik, lebih ceria, lebih tenang dan lebih penyayang. Sesetengah orang di dunia ini telah jumpai sebahagian daripada Keagungan ini. Oleh itu, mereka menjadi lebih agung daripada semua orang biasa yang lain yang tidak jumpai-Nya. Tetapi setiap daripada kita ada Keagungan ini di dalam diri kita. Pada bila-bila kita memilih untuk mengenal Keagungan ini, atau ingin gunakan Keagungan ini, kita sentiasa boleh buat begitu.

Bagi menjumpai Keagungan ini, Sifat Diri asal semua makhluk ini, kita hanya perlukan tumpuan di tempat yang betul, dengan cara yg betul. Terima kasih. Segala-galanya, di dunia fizikal ini pun, jika kita nak berjaya dalam apa-apa, kita perlukan tumpuan. Saya rasa orang Jepun paling mengetahui itu. Banyak syarikat di Jepun menghantar pekerja ke tokong Buddha untuk mempelajari kaedah penumpuan Zen supaya syarikat mereka akan ada pekerja yang lebih cekap. Jepun, agaknya, ialah salah satu daripada sangat sedikit negara, jika bukan negara pertama dan satu-satunya negara yang menyedari kuasa tumpuan dalaman. Mungkin sebab itulah Jepun sangat berjaya dalam banyak aspek.

Tetapi untuk menjadi gembira, lebih tenang dan mempunyai kegembiraan yg kekal selama-lamanya, kita juga perlu gunakan tumpuan kita untuk pergi ke alam yang lebih tinggi bagi mempelajari tujuan hidup yang lebih mulia, kebijaksanaan Alam Semesta yang lebih mulia. Maka kita boleh menjadi insan yang sempurna, bukan sahaja eksekutif yang berjaya di dunia ini tetapi juga akan menjadi santo, Buddha untuk berkati dunia dan Alam Semesta. Hanya dengan sedikit tumpuan, orang dah boleh menjadi sangat berjaya dalam hidup ini. Jadi jika kita beri lebih banyak tumpuan, tumpuan yang lebih mendalam dan dengan cara yang betul, kita akan malah berjaya di Syurga. Kita boleh tinggalkan hidup fizikal ini pd bila-bila kita mahu, melawat Syurga, melawat Kerajaan Buddha, kembali ke sini semula dan melaksanakan tugas kita di planet ini, dan sebaliknya juga. Kita sentiasa cemburui orang yang lebih cerdik, lebih berjaya. Mungkin orang-orang ini lebih mengetahui cara menggunakan kebijaksanaan dalaman daripada sesetengah daripada kita. Jadi mereka menjadi sangat cerdik, sangat tajam dan tahu akan cara menyelesaikan masalah dgn lebih cepat daripada kebanyakan daripada kita yang tidak gunakan kebijaksanaan dalaman.

Sebab itulah Buddha galakkan setiap daripada kita supaya cari Sifat Buddha sendiri, kebijaksanaan kita sendiri di dalam. Sebab itulah Bible beritahu kita, “Kamu carilah Kerajaan Tuhan dulu dan semua benda ini akan ditambahkan kepada kamu.” Kita boleh pada bila-bila saja cari Kerajaan Tuhan atau Sifat Buddha yang membuat semua Guru menjadi agung dan membuat setiap daripada kita menjadi agung ini kerana pada asalnya kita agung.

Photo Caption: Besar atau Kecil, Tuhan Kasihi dan Jaga Semuanya

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/10)
1
Kata-kata Hikmah
2025-11-24
1550 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-11-25
1244 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-11-26
1314 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-11-27
1384 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-11-28
1110 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-11-29
1134 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-12-01
704 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
751 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
540 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
215 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
215 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-04
259 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
540 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-03
804 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
1003 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
914 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
395 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
751 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android