Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kebijaksanaan dan Tumpuan, Bahagian 5 daripada 10: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Semasa kita berada di dunia fizikal ini, kita ada sesuatu yang dipanggil masa, iaitu suatu mekanisme. Ia diwujudkan supaya kita dapat lihat satu perkara, satu dimensi saja. Itu sebabnya dunia ini memperdaya kita. Ilusinya begitu besar Ia buat kita lupa akan benda sebenar. Itu tujuannya supaya kita boleh cuba berusaha untuk cari Alam Sebenar semula. Terjemahan yang baik? Ya? Ya? Terima kasih.

(Soalan seterusnya adalah tentang Mata Ketiga. “Saya faham bahawa pada asalnya manusia ada Mata Ketiga tetapi Mata Ketiga telah [menjadi dorman]. Tetapi bolehkah dengan kuasa kita sendiri membuka Mata Ketiga ini?”) Ya, ya. Ya, boleh. Kita mesti tahu caranya saja. Bersama dengan pembukaan Mata Ketiga, ada kebaikan dan keburukannya, ada kesan sampingannya. Jadi jika kita nak buka Mata Ketiga, kita perlukan sedikit maklumat juga untuk elakkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Kita perlu tahu ke mana nak lihat, bagaimana melindungi diri, bagaimana memilih apa untuk dilihat dan apa ialah benda sebenar. Oleh itu, kami di sini untuk bantu kamu buat begitu. Mata Ketiga, kamu boleh sendiri buka. Kami hanya tunjukkan caranya kepada kamu. Terima kasih.

(“Sekarang, bagi menerima inisiasi, adakah seseorang perlu mengikut diet vegan? Selepas seseorang diinisiasi, apa akan berlaku jika dia hentikan diet vegan? Adakah inisiasi ialah keperluan untuk mendapat makrifat?”) Apabila kamu hentikan diet vegan, apa yang berlaku adalah kamu makan daging (orang-haiwan) semula. Itu apa yang berlaku. Tak perlu menerima inisiasi jika kamu tahu cara sendiri melakukannya, sendiri melindungi diri dan sendiri pergi ke semua alam yang berlainan. Tetapi jika kamu tak tahu caranya, maka itu diperlukan. Inisiasi hanya bermakna kami bantu kamu, kami berada di sisi dan tunjukkan kepada kamu segalanya yang perlu kamu tahu tentang Syurga dan Bumi supaya kamu dapat lakukannya sendirian.

(“Apakah perbezaan antara apa yang Guru ajarkan dan apa yang agama lain ajarkan? Bolehkah Guru beritahu kami secara khusus?”) Saya tak tahu apa perbezaannya. Jika sesiapa boleh mengajar kamu melihat Syurga dan melihat Sifat Buddha di dalam dirimu, maka sama. Jika mereka tak dapat tunjukkan Tuhan kpd kamu, tak dapat tunjukkan Buddha kpd kamu, maka tak sama. Agaknya yang sama adalah kami berdua bercakap tentang Tuhan. Perbezaannya adalah kami boleh tunjukkan Tuhan kepada kamu. Sama seperti dua buah syarikat di Jepun mengiklankan kereta Toyota. Kami boleh berikan kereta kepada kamu, bukan beriklan saja. Jadi kamu lebih suka memiliki kereta atau lebih suka bercakap tentang kereta saja. Itu bezanya.

(Selepas kita menjadi saudara seamalan, adakah kita masih dibenarkan untuk mengamalkan kaedah lain seperti Meditasi Transendental dan sebagainya, seperti kaedah getaran?”) Seperti yang saya dah kata, jika mana-mana orang yg kamu kenali dapat tunjukkan Tuhan kepada kamu di dalam, dan setelah nampak Tuhan, kamu sudah sangat gembira, kamu tak perlu jumpa dengan orang lain atau amalkan sebarang cara yang lain. Jadi kalau kamu tidak puas hati dengan mana-mana kaedah atau mana-mana kumpulan, ini bermakna kamu belum nampak Tuhan, maka kamu harus amalkan kaedah ini, dan satu saja, perlu bertumpu pada satu benda.

(“Sekarang, dalam risalah ini, ada dijelaskan bahawa seseorang boleh mendapat penyelamatan melalui Bunyi Syurga dalaman. Apakah maksud ini?”) Ini bermakna kamu cari Kerajaan Tuhan sendiri. Dah tentu, setelah kamu jumpai Sifat Diri yang bersatu dengan Tuhan, kamu mendapat pembebasan. Kerana apabila kamu mengenali Diri sebenar, ini bermakna kamu menjadi bebas daripada diri palsu ini. Kerana hingga sekarang, kita hanya berfikir bahawa kita ialah badan ini, ialah orang di planet fizikal ini. Setelah kita tahu bahawa kita bukan, maka dah tentu kita akan mengetahui Kebenaran, maka kita berasa bebas. Kita bebas, sama seperti keluar dari penjara. Bahasa Jepun kedengaran sangat menarik tetapi sangat panjang.

(“Saya rasai tenaga yang sangat kuat. Saya tertanya-tanya sama ada orang biasa boleh memakai jenis tenaga ini atau memiliki jenis tenaga ini.”) Dia rasai tenaga yang kuat? Dari mana? Dari apa? Maksud kamu dari sini? Daripada saya? Siapakah itu? Soalan ini harus lebih jelas. Kamu ke? Siapakah itu? Angkat tangan. Oh, di sana! Kamu rasai tenaga daripada saya atau dari sini? Oh, drpd saya! Oh, dari sini ke dirimu! Okey, okey. Ya, dia rasai tenaga. Semua orang tidak biasa. Semua orang boleh kembangkan jenis Kuasa yang membuat kamu rasa gembira ini, kemudian semua orang di sekeliling kamu akan rasa gembira, sama juga.

Bukan saya saja. Kamu boleh miliki tenaga sama yang memancar ke sekeliling kamu dan seluruh planet supaya semua orang yang dekat dengan kamu, sensitif dan ternaik sikit dari segi rohani dapat rasainya. Tenaga yang kamu rasai itu ialah Sifat Buddha. Itu Tuhan di dalam diri kita. Setelah kita lepaskan Kuasa ini, setelah kita bangkitkan semula Kuasa ini, kita berkuasa macam itu. Pada masa itu, kita dapat berkati banyak orang, dapat berkati seluruh dunia dengan tenaga kita sendiri.

Photo Caption: Jangan Menilai Mengikut Rupa Luaran Saja

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/10)
1
Kata-kata Hikmah
2025-11-24
1550 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-11-25
1244 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-11-26
1314 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-11-27
1384 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-11-28
1110 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-11-29
1134 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-12-01
704 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
751 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
540 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
215 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
215 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-04
259 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
540 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-03
804 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
1003 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
914 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
395 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
751 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android