Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya di sini untuk tunjukkan kpd kalian betapa agungnya kalian, betapa agungnya kalian boleh jadi atau sebenarnya betapa agungnya kalian boleh ingat akan diri sendiri pada asalnya Walaupun Jepun dah sangat berjaya dari segi sains, teknik, namun kita juga boleh menjadi lebih agung – dengan menjadi lebih bijak, lagi penyayang, lebih berbelas kasihan, lebih berkebolehan di Bumi dan Syurga. Jika kita ada harta karun tetapi tidak gunakannya, sayangnya. Jika kita ada banyak wang di dalam bank tetapi lupa akan semuanya, itu sangat membazirkan. Saya hanya menunjukkan kepada kalian apa yang kalian ada di dalam diri kalian. Saya tidak berikan apa-apa kpd kalian. Oleh itu, saya tidak kenakan bayaran terhadap kalian. Oleh sebab kalian sudah ada-Nya di dalam diri kalian, adalah sangat senang untuk kalian mengenal-Nya apabila seseorang ingatkan kalian di mana nak cari Harta Karun sendiri. Tadi saya telah tunjukkan kepada kamu sikit cara mencari Kerajaan di dalam. Semudah itu saja. Hanya tutup mata, kamu bertumpu di tengah-tengah dahi dan dari sana kamu melihat ke tengah-tengah apa-apa saja yang datang di depanmu di dalam – bukan di luar. Terima kasih. Kalian boleh nikmati Kerajaan Tuhan di sini sekarang juga, Cahaya (Syurga dalaman) yang kalian nampak di dalam, Syurga yang kalian nampak di dalam, Suara Tuhan yg kalian dengar di dalam – itu Sifat Diri kalian, Sifat Buddha. Kalian boleh nikmati ini setiap hari jika mahu, jika kalian nak gunakan masa dengan lebih baik di planet ini. Dah tentu, jika kadangkala kalian rasa tak pasti atau takut dalam hati kerana tidak biasa dengan Alam Dalaman, kalian boleh panggil saya untuk bantu. Panggil dalam hati dah cukup. Panggil secara senyap dalam hati dah cukup. Kemudian kalian akan rasa makin hari makin selesa, lebih relaks, lebih ceria. Kalian boleh panggil Buddha dan Nabi Isa untuk bantu kalian, tetapi kalau-kalau Mereka terlalu jauh, saya lebih dekat sikit. Tetapi ini hanyalah sampel. Jika kalian ingin tahu dengan lebih mendalam dan lebih terperinci, kalian harus biar kami tahu dengan mendaftarkan nama di luar dan kami akan mengajar kalian dengan lebih terperinci. Kalian dapat sendiri lakukannya setiap hari. Kalian takkan perlukan kami. Sekarang jika kalian masih ada sebarang soalan, biarlah saya tahu. Berikannya kepada orang kami. Mereka kumpulkannya dan kami akan bacanya untuk kalian. Ada sehelai kertas dalam tangan kalian, saya rasa. Dah ada soalan? (Saya rasa ada sehelai kertas di dalam Buku Sampel yang kalian ada. Tulislah pada kertas itu dan serahkan kepada kakitangan yang berdekatan. Kemudian kami akan jawab soalan kalian dengan sewajarnya.) (Soalan-soalan diminta supaya ditulis pada borang yang diselitkan di dalam Buku Sampel yang diedarkan semasa orang masuk ke dalam (Betul.) dewan ini. Mereka diminta supaya menulis soalan mereka dan menyampaikan soalan dalam bentuk bertulis kepada orang hubungan persatuan ini yang berada di dalam dewan ini. Guru akan sangat sanggup untuk jawab soalan ini.) Bukan orang hubungan saja. Ada orang yang akan berjalan ke sana dan ke mari. Mereka boleh berikannya kpd mereka. (Sekarang mari kita mulakan dengan soalan pertama.) (“Jika ada kaedah meditasi yang dengannya kita dapat hilangkan kesakitan, tolong biar kami tahu apa jenis meditasi itu.” Dengan kata lain, bolehkah Guru biar kami tahu akan sebarang meditasi yang akan buat kita menjadi lebih sihat.) Lebih sihat. Kaedah ini baik untuk segala-galanya kerana jika kamu mengenali Dirimu, jika kamu mengenal kuasamu sendiri, ia menyembuhkan segala-galanya. Tapi dah tentu, ini bergantung kepada kuasa tumpuanmu, keikhlasan amalan spiritualmu. Ia bukan sahaja baik untuk pergi ke Syurga malah baik untuk segala-galanya. Diet vegan juga akan bantu kamu menjadi lebih sihat. Terima kasih. (Soalan seterusnya ialah: “Jika Guru berkata bahawa kita ialah anak Tuhan, bahawa orang ialah anak Tuhan, maka apakah misinya kita dilahirkan di dunia ini dan dalam hidup ini? Apabila hidup ini berakhir, kita pulang ke mana?”) Apakah apa? Keadaannya? Apa? (“Apakah misinya…”) Misi. Oh, ya, ya, ya! Okey. (“…kita dilahirkan dalam hidup ini?”) Kita datang ke sini supaya kita dapat mengenali Tuhan. Sama seperti kita perlukan cermin untuk melihat diri sendiri. Kita perlukan dunia palsu, ilusi ini untuk bayangkan diri sendiri, untuk mengenali Diri Sebenar. Kita datang dari Syurga, datang daripada Tuhan dan akan kembali kepada Itu. Terima kasih. Yang seterusnya. (“Mahaguru Ching Hai, adakah Mata Ketiga Guru telah buka supaya Guru dapat lihat masa depan dan masa lalu?”) Ya. Mata Ketiga banyak saudara seamalan kami juga telah buka. Jika kamu mahu, kamu boleh sertai kami dan Mata Ketigamu akan terbuka dengan serta-merta. Melihat masa depan dan masa lalu hanyalah bahagian yang sangat kecil daripada keupayaan yang kamu ada di dalam dirimu. Seperkara lagi, tiada masa depan, tiada masa lalu. Hanya ada masa sekarang. Segala-galanya berlaku pada satu masa. Disebabkan oleh keupayaan kita untuk lihat kejadian-kejadian yang berlainan, kita akan lihat apa-apa saja yang kita lihat sebagai masa sekarang, masa lalu atau masa depan. Jadi ada satu pilihan: Jika kita bermakrifat, kita boleh memilih yang menyenangkan atau yang tidak menyenangkan. Kita boleh memilih daripada seluruhnya apa yang kita nak lihat. Tiada masa lalu, tiada masa depan. Photo Caption: Rindui RUMAH? Jalan QY akan Membantu Memenuhi Hasrat Anda











