Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kebijaksanaan dan Tumpuan, Bahagian 8 daripada 10: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(“Ada dikatakan bahawa Jepun musnahkan hutan hujan, hilangkan habitat orang-haiwan dan tumbuhan. Kita menyebabkan pemanasan global. Ada tak cara untuk hentikan semua ini? Adakah karma kita daripada ini sangat mendalam?”) Itu bukan Jepun saja, saya dah kata. Orang di mana-mana pun sama. Mereka tidak sedar akan bahaya memudaratkan diri sendiri dengan memudaratkan alam sekitar. Jadi kesedaran melindungi alam sekitar ini mesti disebarkan di merata tempat dan kerajaan mesti menekankannya, mesti gunakan kuasa jawatan mereka untuk bantu melindungi alam sekitar, dengan itu melindungi diri sendiri. Dia beritahu saya bahawa kita ada 10 minit lagi saja, jadi cepat.

Masalahnya, bukan hanya orang menebang hutan, ada juga kebakaran yang dimulakan atas sebab semula jadi atau tak sengaja yang memusnahkan hutan. Jadi setiap kali kamu menghisap rokok dan memandu di sepanjang hutan, jangan buangnya keluar dari tingkap. Barangkali itu dapat menyelamatkan beribu-ribu ekar daripada hangus terbakar. Meskipun kita tanam pokok baharu, ia tiada kapasiti untuk menjana oksigen seperti pokok tua yang telah berada di sana selama beratus-ratus tahun. Sama seperti meskipun seorang anak membesar dengan ketinggian yang sama dengan ibunya, dia tiada kebijaksanaan ibunya yg makin tua makin banyak terkumpul.

(“Saya seorang Kristian tetapi saya ingin mengetahui kebijaksanaan yang lebih tinggi. Bolehkah saya diinisiasi?”) Oh, pasti boleh! Kamu tak perlu menukar agamamu. Hanya masuk ke dalam dan jumpa dgn Tuhan.

(Ada empat soalan yang berturut-turut. Soalan pertama: “Adakah Kaedah Quan Yin satu-satunya kaedah tertinggi?”) Hanya ada satu cara untuk kembali kepada Tuhan. Saya akan tunjukkan cara ini kpd kamu. Kamu tak perlu panggilnya Quan Yin. Kamu boleh panggilnya dengan nama lain. Cuma Quan Yin bermaksud kita mentafakurkan Firman Tuhan di dalam diri kita. Hanya ada satu Tuhan saja, jadi kita mentafakurkan satu Tuhan saja. Hanya ada satu jalan saja. Sesetengah orang panggilnya Sifat Buddha. Itu benda yang sama.

(“Adakah berbahaya mengamalkan Kaedah Quan Yin?” (“Adakah Kaedah Quan Yin berbahaya?”) Tidak, saya masih hidup selepas 20 tahun.

(“Adakah ini suatu ilusi, berfikir bahawa keamanan diwujudkan dengan gerakan damai?”) Gerakan damai? Ia tidak sepenuhnya. Ia membantu. Ia membantu apabila orang menyuarakan pendapat mereka. Maksud kamu pasukan tentera PBB? Ini bergantung kepada gerakan apa. Jika itu gerakan damai, ia membantu.

(“Soalan yang sangat abstrak tetapi sangat mudah. ‘Bagaimana kita dapat sayangi orang?’”) Dengan kembangkan kasih sayang sebenar kita yang telah wujud sebelum kita dilahirkan dan selepas kita mati. Kasih sayang sebenar ini akan sayangi orang, bukan otak yang berfikir ia sayangi orang. Kamu memaksa otak berfikir bahawa kita nak sayangi orang ini, orang itu. Itu mustahil. Tetapi jika kita ingat bahawa ada kasih sayang tak terhad di dalam diri kita, kasih sayang itu akan buat kita sayangi orang. Kita akan sayangi orang secara natural. Ini bermakna dapatkan makrifat, bangkitkan Kasih Sayang Tuhan di dalam dirimu, Sifat Buddha berbelas kasihan di dalam dirimu.

(“Kita ada lima minit lagi saja tetapi ada begitu banyak lagi soalan yang tertinggal. Bagi soalan-soalan yang kami tak dapat jawab sekarang, pusat kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membalas dan menjawab soalan-soalan ini.”) Ya, jika mereka ada alamat? Ya. Okey. (“Kami akan beritahu kalian tentang alamat pusat kami lepas ini.”) Ya, itu bagus.

(“Sekarang satu lagi soalan abstrak. ‘Dari mana dan untuk tujuan apa kita manusia dilahirkan di sini?’”) Ini soalan berulang, bukan soalan abstrak. Kita dah jawab ini.

(“Adakah kita perlu menjadi vegan utk terus hidup dgn spiritual di dunia ini? Mengapa kita perlu mengambil jalan vegan?”) Untuk menunjukkan jalan kasih sayang, belas kasihan. Sama seperti sekarang kamu tanya soalan tentang memusnahkan hutan, menghilangkan habitat orang-haiwan. Ini malah baik untuk persoalan alam sekitar juga. Jika kita adalah vegan, kita jimat sangat banyak tanah yang dibazirkan hanya untuk menternak orang-haiwan, kerana tanah di mana kita menternak orang-haiwan tak dapat diusahakan lagi untuk masa yang panjang – mungkin selama 50 tahun. Itu tanah yg dibazirkan. Dan kita makan satu orang-lembu – dihabiskan dgn cepat – tetapi kita ambil masa yg begitu panjang utk besarkannya dan perlukan begitu banyak mineral, begitu banyak makanan, begitu banyak air, begitu banyak ubat, begitu banyak tanah untuk menternak orang-haiwan. Lebih baik jika kita gunakan makanan vegan. Ia baik untuk kerohanian, baik untuk kesihatan kita, baik untuk dunia, baik untuk alam sekitar, baik untuk masa depan anak kita. Ia berbelas kasihan – tiada darah di atas meja kita, tiada pembunuhan, tiada perang dengan orang-haiwan yang tidak berdaya. Ini beberapa daripada banyak aspek diet vegan. Saya rasa seluruh dunia harus amalkan cara hidup penuh kasih sayang ini, sangat baik. Terima kasih. Terima kasih kepada kamu.

(Sekarang ini soalan terakhir. “Dalam agama Yahudi, kita ada kepercayaan tentang Messiah yang akan datang ke dunia ini. Dalam agama Hindu, kita ada Dewa Krishna. Dlm agama Islam, kita ada Imam Mahdi. Dalam agama Kristian, kita ada Kedatangan Kedua Nabi Isa. Dalam agama Buddha pula, kita ada Maitreya. Selalunya dikatakan bahawa Orang-orang ini ada Sifat yang sama tetapi dengan nama-nama yg berlainan. Mahaguru Ching Hai, bagaimana Guru menempatkan Maitreya sebegini yang akan datang pada masa depan? Atau adakah Guru menganggap diri sebagai salah satu drpd Maitreya ini?”) Saya tidak anggap diri sebagai Buddha. Saya tahu saya ialah Buddha, dan saya tahu kamu ialah Buddha juga. Soalnya bukan sama ada saya ialah Buddha atau bukan tetapi sama ada kamu nak tahu bahawa kamu ialah Buddha atau tidak. Itu saya dapat bantu kamu. Adalah sangat mengagumkan kamu duduk di sana, tanya semua soalan ini sedangkan kamu ada segala Kebijaksanaan terbesar di dalam dirimu. Hanya berpusing – alihkan perhatianmu ke dalam – maka kamu akan tahu bahawa kamu ialah Buddha.

Alihkan perhatianmu ke luar semula, maka kamu ialah manusia.

Photo Caption: Hidup Bersifat Fana, Hanya KASIH SAYANG SEBENAR Berkekalan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/10)
1
Kata-kata Hikmah
2025-11-24
1545 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-11-25
1242 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-11-26
1310 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-11-27
1379 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-11-28
1097 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-11-29
1098 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-12-01
701 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
747 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
533 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
1 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-04
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
533 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-03
787 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
900 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
995 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-02
386 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
747 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android