Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(“Seorang yang saya kenali sakit. Jika saya amalkan meditasi dan melatih diri dengan cukup baik, melalui usaha saya, bolehkah saya buat orang itu menjadi sihat?”) Kamu boleh, tetapi ini bergantung kepada karma orang itu dan hasrat untuk hidup. Tetapi saya tidak cadangkan kita datang mempelajari kaedah ini hanya untuk menyembuhkan satu orang. Tujuan kita mestilah lebih besar dan lebih mulia – menyembuhkan roh kita untuk hidup abadi, menyembuhkan seluruh dunia dari dalam kerana badan ini bersifat fana. Meskipun kamu sembuhkan dia hari ini, esok dia sakit lagi. Jadi kita takkan begitu banyak bertumpu pada badan. Selain memberinya makanan, pakaian dan ubat yang mencukupi untuk terus hidup, kita harus lebih banyak bertumpu pada Diri Sebenar kita, iaitu roh di sebalik badan ini. (“Biar saya bertanya tentang masalah alam sekitar. Di Jepun, 50 tahun selepas tamatnya Perang Dunia II, kami bekerja keras sekali untuk syarikat berkembang dan makmur. Semua orang bekerja keras sekali, membawa kami ke tempat kami hari ini. Tetapi daripada pengalaman lalu, kami nampak isu, contohnya, dioksina yang mencemari kami dan jenis pencemaran alam sekitar yang lain semakin meluas tetapi kelihatan macam orang Jepun menutup mata terhadap masalah sebegini. Jika kami teruskan kehidupan kami seperti yang kami jalani hingga sekarang, adakah kami ada masa depan?”) Ya. Kita memang ada masa depan tetapi apa jenis? Itu bukan Jepun saja atau bukan Tokyo saja. Banyak bandar besar di planet ini mencemari diri dan penduduk, menyebabkan penyakit dan kecacatan. Tetapi banyak orang di planet ini menutup mata juga kerana jauh di lubuk hati, kita tak boleh menyalahkan mereka juga, jauh di lubuk hati, mereka tahu bahawa hidup bersifat fana, sama ada mereka cuba atau tidak, mereka akan mati. Jadi mereka cuba abaikan masalah dan nikmati hari ini. Tetapi jika kamu nak ada persekitaran yang lebih sihat, maka kita semua perlu berusaha. Setiap individu mesti mengurangkan segalanya, atau sekurangnya sebahagian besar daripada apa-apa yang cemari planet ini dan promosikan apa-apa saja yang bersihkan udara, melindungi air dan bersihkan alam sekitar. Kerajaan di dunia, pemimpin di dunia mesti biar orang mengetahui apa-apa saja ciptaan baharu, cara baharu untuk melindungi planet kita dan mesti biar orang tahu, beri tekanan dan beri galakan. Dah ada begitu banyak cara untuk memperbaik alam sekitar, cuma kadangkala jika kita berubah, ini mengganggu industri negara dan ahli perniagaan kadangkala tidak benarkannya berlaku kerana itu akan hancurkan pendapatan mereka, status kewangan mereka dan lain-lain, kadangkala. Jadi jika setiap daripada kita sedar akan bahaya hidup kita, sedar akan pencemaran dan bekerja bersama, waktu itu baru dapat. Jika kita hanya risau tentang kepentingan peribadi, maka susah. (“Bolehkah Guru biar kami tahu perasaan Guru tentang kebahagiaan atau kegembiraan hidup berumah tangga?” Isi rumah suami isteri.) Oh! Bagaimana perasaan saya? Jika ia baik. Adalah baik jika kamu berkahwin dengan bahagia dan saling mencintai, maka baik. (“Jika selepas inisiasi seseorang cuba bersungguh-sungguh tetapi tak dapat teruskan usaha ini dan menjadi kecewa di tengah jalan selepas diinisiasi, bolehkah dia diinisiasi sekali lagi dan ulangi proses ini banyak kali?”) Kamu tak perlu diinisiasi dua kali. Kamu hanya perlu teruskan. Tapi dah tentu, pada bila-bila ada inisiasi baharu, jika kamu nak duduk dan ingat akan arahannya semula, kamu boleh, pada bila-bila saja. (“Sekarang, di dalam diri saya, ada Diri Sebenar yang benar-benar ingin meneruskan amalan spiritual dan meditasi, tetapi pada masa yang sama, ada satu lagi diri saya yang ingin mengejar dunia ilusi, ingin membina pengalaman, contohnya, pekerjaan di dunia ini dan dapat teruskan dalam keadaan duniawi ini. Bolehkah tanpa meninggalkan pentas dunia ini, menyelaraskan aspek ekonomi dan aspek rohani?”) Ya, ya, boleh. Saya buat begitu. Kamu tak perlu meninggalkan rumahmu, tak perlu meninggalkan harta bendamu, hanya beralih ke dalam pada bila-bila ada masa, nikmati Syurga dan keluar semula, bekerja semula. Oleh sebab kita hidup di dunia ini dan ada tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, jadi boleh terus bekerja dan hidup dengan cara yang sama seperti sekarang. Kamu hanya meluangkan sedikit masa untuk melupakan seluruh dunia, kemudian hanya nikmati Syurgamu di dalam. Itu saja, hanya sangat sedikit masa setiap hari. Itu malah memulihkan tenagamu supaya apabila kamu kembali bekerja di dunia, kamu bekerja dengan lebih baik, rasa lebih sihat dan rasa lebih ceria. (“Apakah pendapat Guru tentang kelahiran semula?”) Saya rasa kita tak harus ada kelahiran semula. Kita harus selesai dengan kehidupan ini dan pulang ke tempat asal kita. Photo Caption: Hadiah Menyeronokkan yg Kita Berikan akan Kembali kepada Kita











