Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(“Jika kita sakit, bolehkah kita pulih dengan bermeditasi? Jika kita alami kesusahan, atau risau tentang sesuatu, dan jika saya memanggil Guru dan memanggil nama Guru, akankah segala kesusahan hilang?”) Kesusahan takkan hilang dengan serta-merta tetapi kamu akan tahu bagaimana menyelesaikan kesusahan. Bergantunglah, kadangkala kesusahan hilang juga. Tetapi kesusahan akan lebih banyak hilang jika kamu bertumpu pada kuasa sendiri di dalam dirimu. Kuasa itu, Tenaga itu akan hapuskan semua halangan, sembuhkan semua kedukaanmu dan selesaikan semua masalahmu. (“Nabi Isa, Anak Tuhan, sebagai Anak Tuhan, adakah Baginda mampu menjalankan misi-Nya di Bumi sini? Nabi Isa berkata bahawa selepas kebangkitan semula, Baginda akan kembali ke Bumi ini tetapi adakah Baginda bersama kita sekarang?”) Ya, memang. Cuma kamu tak nampak Baginda. Jika kamu bermeditasi dgn Kaedah kami, kamu dapat lihat Nabi Isa dan bercakap dengan Baginda. Kamu dapat lihat sesiapa saja yang kamu suka yang telah meninggalkan planet fizikal ini dan belajar dengan Mereka dalam kebijaksanaan yang lebih tinggi dari alam yang lebih tinggi. Saya akan hanya tunjukkan kepada kamu cara berhubung dengan alam yang lebih tinggi. Oleh sebab getaran Nabi Isa adalah berbeza dengan getaran kita, jadi jika kita nak berjumpa dgn Baginda, kita perlu melaraskan getaran kita dan Kaedah ini akan membantu kamu. (“Bolehkah Guru biar kami tahu akan masa depan Jepun dan misi yang mesti dijalankan oleh Jepun?”) Saya rasa kamu orang Jepun tahu lebih daripada saya. Misi setiap negara, bukan hanya Jepun, adalah mengenali Diri Sebenar, iaitu Sifat Tuhan. Segalanya yang lain yang kita buat hanyalah secara sampingan. Secara sampingan, cari duit untuk beri makan kpd kereta ini. Secara sampingan, cari duit untuk melindungi kereta ini. Tetapi kadangkala kereta ini bergerak dengan baik, kadangkala kereta ini tak bergerak dengan baik. Jadi lihatlah, segalanya hanya sementara saja. Hanya Tuhan, Buddha adalah berkekalan. Kita mesti menjaga pemandu juga, bukan kereta saja. Kerana pemandu adalah penting. Tuhan ialah pemandu. Kita abaikan itu. Kita hanya menjaga badan ini yang merupakan kereta saja. Sebab itulah hidup kita tidak segembira yang kita mahukan, kerana kita hanya menjaga aspek fizikal dan lupakan aspek spiritual yang sebenar. (“Bolehkah kami alami inisiasi dan kegembiraan Syurga hari ini?”) Boleh. Hanya keluar sekarang, biar kami tahu namamu dan kami akan panggil kamu lepas ini. (“Saya seorang vegan tetapi bapa saya telah berusia lebih 65 tahun. Beliau ingin sekali diinisiasi tetapi boleh tak itu?) Berusia 65 tahun saja? Adakah dia telah menjadi vegan? Siapakah itu? (“Kamu kata bapamu berusia lebih 65 tahun tetapi berapakah usia bapamu?”) (Lingkungan usia biasa adalah 16 hingga 65 tahun. Apabila kita kata “lebih 65”, itu boleh bermakna 70 atau 80. Okey, okey. Jika dia telah lama menjadi vegan, dia boleh bincangkannya dengan pasukan kita di luar. (“Buddha Shakyamuni – apa yang telah dipelajari-Nya? Baginda menjadi bermakrifat tentang apa?”) Itu kamu perlu menjadi seperti Baginda baru boleh faham. Saya boleh bantu kamu. (“Adakah Syurga terbuka kepada semua orang? Dan itu seperti hartanah milik bersama atau benda peribadi, seperti setiap orang miliki Syurga yang berlainan?”) Syurga ialah hartanah bersama. Cuma sesetengah orang ingin pergi ke sana, sesetengah orang tak nak pergi ke sana. Sesetengah orang ingin pergi separuh jalan saja. Sesetengah orang pergi sejauh dua pertiga atau sesuku saja. Oleh itu, mereka nampak tahap-tahap Syurga yang berlainan. Lagi banyak kamu bertumpu dan mengikut arahan kami lagi banyak kamu dapat lihat Syurga. Sama seperti Tokyo adalah besar tetapi saya tahu akan bahagian ini saja jika saya tidak pergi ke tempat lain. (“Beritahulah saya atau ajar saya tentang Mata Ketiga.”) Ini tak benar-benar ialah mata. Ini ialah pusat segala kebijaksanaan, segala pengetahuan, segala kasih sayang dan segala belas kasihan. Setelah kamu masuki Pusat ini, kamu akan mengetahui segala-galanya. Kamu akan ada segala-galanya di dalam dirimu dan berasa sangat puas. Kamu tidak rasa kamu tidak gembira atau kekurangan apa-apa di dunia ini. Maaf, sama seperti jika saya tahu di mana letaknya pasar raya di Tokyo, dan saya perlukan jus, perlukan beras, perlukan makanan, saya hanya pergi ke sana dan mendapat semuanya yang diperlukan. (“Adakah fenomena ghaib boleh berlaku, seperti apungan dan pergerakan serta-merta dari tempat ke tempat? Jika ini boleh berlaku, bolehkah Guru beritahu kami kaedahnya?”) Oh! Ada orang lain yang akan mengajar kamu itu. Saya hanya berminat untuk mengajar kamu ‘mengapung’ ke Syurga dan bergerak. Kamu tak perlu bergerak dari tempat ke tempat pun. Kamu boleh hanya duduk di satu tempat dan akan berada di mana-mana saja pada masa yang sama. Photo Caption: Terangi Mana-mana Sudut yg Mungkin, akan Terangi Kehidupan Anda Juga











